BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Rugi RM20,000 Gajah Masuk Kebun Kelapa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Rugi RM20,000 Gajah Masuk Kebun Kelapa​

07150908f3d4aa858045884bee87657d656873dde5e1f


Seorang pekebun di Kampung Kuala Jengai di sini mendakwa kerugian kira-kira RM20,000 selepas seekor gajah liar menceroboh kebun kelapa miliknya pada 13 Julai.

Mohd Marzuki Saat, 67, berkata kejadian kira-kira 2 pagi itu menyebabkan 34 pokok kelapa berusia empat tahun dan mula berbuah tahun ini rosak selain memusnahkan 20 pokok pisang.

“Ini kejadian pertama sejak saya mengusahakan tanaman kelapa pada 2022. Gajah itu juga merobohkan sebahagian pagar elektrik yang dipasang di kebun,” katanya kepada Bernama di kampung itu hari ini.

Mohd Marzuki berkata kebun seluas 2.4 hektar itu mempunyai 450 pokok kelapa pelbagai jenis seperti Malayan Yellow Dwarf, Malayan Red Dwarf, Sungai Gulang-Gulang dan Pandan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten Choon Yung semasa dihubungi berkata pihaknya menerima aduan daripada pemilik kebun serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pada hari yang sama.

Beliau berkata siasatan mendapati gajah itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Besol yang terletak kira-kira 500 meter dari kampung tersebut dan pegawai Perhilitan telah menjalankan pemantauan untuk mengesan serta menghalau haiwan itu kembali ke habitat asal.

“Pegawai Perhilitan akan melakukan pemantauan berkala di kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register