BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki pergi memancing ditemui mati dibunuh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
50489430_357343305098551_2805569454899986432_n.jpg

50330745_357343331765215_7772619766023323648_n.jpg


MAYAT seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung dalam kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari, hari ini.

Mangsa dikenali Muhammad Azizul Roslan, 24, berdasarkan pengecaman pakaian mangsa oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pemeriksaan awal terhadap mayat mendapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ke lokasi kejadian untuk memancing.

“Kita dapati joran digunakan mangsa sudah dipatahkan dan kawasan berkenaan terbuka serta tidak berpagar.

“Mayat mangsa ditemui pada jarak empat meter dari kawasan tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ali berkata, berdasarkan keterangan bapanya, mangsa keluar rumah pada jam 1.30 tengah hari semalam untuk memancing namun, tidak pulang.

“Bapa mangsa mula mencari mangsa di kawasan kolam berkenaan dengan bantuan anggota Balai Polis Kanthan Baru yang kemudian mengesan motosikal mangsa berada di lokasi kejadian pagi tadi (hari ini).

“Mayat mangsa kemudian ditemui dekat semak dalam kolam berkenaan dengan kakinya kelihatan terapung,” katanya.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang mungkin dijalankan pagi esok.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/415336/mayat-terapung-dalam-kolam-ikan
 
Muhammad Azizul dipukul sebelum ditemui mati lemas

DxqKRRYVYAIAxPu.jpg


IPOH: Pekerja kilang yang mayatnya ditemui terapung di bekas lombong Kawasan Perindustrian Kanthan Baru 1, Kanthan Baru, dekat sini, semalam dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum lemas dalam lombong berkenaan.


Mayat Muhammad Azizul Roslan, 24, ditemui polis pada jam 12.20 tengah hari selepas bapanya, Roslan Salim, 64, menemui motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya di lombong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata hasil bedah siasat jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira empat jam kemudian, mendapati kematian mangsa akibat lemas berikutan terdapat lumpur pada saluran pernafasannya.

Katanya, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam dan pendarahan di dagu serta sisi mata kiri selain kecederaan pada otot dada kanan disyaki dipukul dengan objek tumpul.

“Kita syak kecederaan itu disebabkan objek tumpul seperti kayu, batu atau besi serta akibat tumbukan dan sepakan.

“Ada kemungkinan mangsa dipukul sebelum dia terjatuh atau dicampak ke dalam lombong berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat dan belum ada bukti diperoleh serta keterangan diambil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata pihaknya menyerahkan kejadian yang menimpa anak ketiganya dari empat beradik itu kepada pihak polis bagi mengenal pasti pembunuh anak lelakinya.

“Arwah seorang yang pendiam, tiada musuh, namun sudah ajalnya, kami reda, yang mati tetap akan pergi.

“Sepanjang hayatnya, arwah sering memberi wang kepada ibunya buat belanja, kadang-kadang beri juga pada saya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, suasana bertukar pilu di perkarangan Jabatan Forensik HRPB apabila ibu mangsa, Jamaiah Zabidin, 51, tidak dapat menahan sebak selepas dibenarkan melihat jenazah anak ketiganya itu.

Beliau menangis teresak-esak sambil dipeluk dan ditenangkan anak bongsunya, Mohd Sahahirman, 23, dan anak sulungnya, Nor Azizah, 27, yang turut menangisi pemergian Muhammad Azizul dalam keadaan tragik.

Jenazah Muhammad Azizul selamat dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa menaiki van jenazah ke Masjid Al-Tarsawiah, Kampung Trosor, Sungai Siput untuk disembahyangkan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Limau, Trosor, sebelum solat Asar.


https://www.bharian.com.my/berita/k...mad-azizul-dipukul-sebelum-ditemui-mati-lemas

Pegi mancing pun tak selamat dah nie.. Nie mexico ke malaysia nie...
 
Sape pulak nk bunuh pemancing ni?

Mungkin bukan manusia
 
adoii laa weii..gile apa manusia malaysia skrg ni..pegi mana2 pun bahaya dahh..main bunuh jer dah skrg ni..balaa betul..
 
Kanthan..hmmm kolam sapa arwah langgar ni
 
Lokasi mayat ditemui di sebuah lombong di Khantan Bharu.

194F8FF8-CC4A-4723-B1A0-62C79B7FB495-576x1024.jpeg
 
pegi mancing pun kn bunuh...ada kes lain ke ni..
 
byk manusia mental skrg ni.

sebab tu hati2 berkawan, hati2 bercakap, hati2 jgn sampai buat org lain sakit hati.

walau nampak bergurau, org tu anggap ko dah hina dia. byk da org sensitip mcm ni skrg, jenis makan dalam.


kalau ada masalah hutang, sila la byr. kena ngan org mental, dibunuh kang.

jujur aku cakap, walau ada org berhutang ngan aku dan org tu buat2 lupa, nampak je aku senyum, tapi dalam hati menyumpah bagai.

tinggal nak convert emosi ke fizikal je. nasib boleh control lagi.

al-fatihah.
 
harap bukan sbb ambik port mancing tu pasal kn bunuh dah la.. org skrg mcm2 gila...
takziah buat keluarga mangsa...
 
Back
Top
Log in Register