BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Mengamuk Mati Ditembak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KANGAR, 14 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji dekat sini hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Pemangku Ketua Polis Perlis Datuk Jamshah Mustapa berkata dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu.

Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.

Jamshah bagaimanapun enggan menyatakan bahagian badan lelaki itu yang terkena tembakan.

Mohamad Taufik yang merupakan peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Beliau berkata kejadian itu bermula kira-kira pukul 5.30 pagi apabila lelaki terbabit dikatakan menyerang rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan sebatang besi dan kayu hingga cedera.

Dia yang masih tidak puas hati dengan tindakan itu pulang ke rumahnya pada pukul 6 pagi dan mengambil sebilah pisau, dan semasa dalam perjalanan ke rumah kontraktor itu, dia singgah di balai polis Arau untuk memaklumkan niatnya, katanya.

Jamshah berkata dua anggota polis yang bimbang dengan ancaman lelaki itu mengekorinya dan cuba memujuk lelaki itu, tetapi keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan enam lagi anggota polis turut membantu mententeramkan keadaan.

Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.

Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.

Sementara itu Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya.

-- BERNAMA
 
Nak jadi isu panas dah nanti :((
 
skrg ni polis tk kira tembak jer..
abis cite...
 
mengamok tembak.... jalan senang menumpaskan org gila.

sian gak.. kes cam nie pernah jd pat aku...

ada sorang mamat nie bisu, sedikit x cerdik.. bengang pisang dia kene curik dek mat pet.. dia pun nak gi la balai polis nak wat report... dapat lak polis baru xkenal mamat tue.. mamat tu gi balai ngan gaya marah2 (sebab pisang kene curik), sambil tangan pegang parang (yela dr kebun), yg polis tu igt mamat tue nak ngamuk (paham2 la org bisu kalo try nak bercakap.. riuh lain skek huhu) .. mamat tue br masuk lepas skit dr gate balai.. dah kene tembak .. nasib kat kaki...

sampai skang mamat tue agak sedikit tempang..sian diaa:(scam
 
sian gak.. kes cam nie pernah jd pat aku...

ada sorang mamat nie bisu, sedikit x cerdik.. bengang pisang dia kene curik dek mat pet.. dia pun nak gi la balai polis nak wat report... dapat lak polis baru xkenal mamat tue.. mamat tu gi balai ngan gaya marah2 (sebab pisang kene curik), sambil tangan pegang parang (yela dr kebun), yg polis tu igt mamat tue nak ngamuk (paham2 la org bisu kalo try nak bercakap.. riuh lain skek huhu) .. mamat tue br masuk lepas skit dr gate balai.. dah kene tembak .. nasib kat kaki...

sampai skang mamat tue agak sedikit tempang..sian diaa:(scam

apa jadik ngan polis tu..
kesian ngan mamat tu..
 
polis bertambah panas bontot ..sepatut .. lontarkan gas pemedih mata ..
 
Tak ptt la tembak mati melainkan keadaan memang kelam kabut and polis tu xleh nak aim non-vital point. Patutnye tembak kaki ke or tangan bagi org tu down je. Bagi aku yang boleh/patut tembak mati nie UTK je since if diorg dah involve, memang penjenayah tu idup or mati je jwbnye.
 
Tembak the last solution ker....
 
Back
Top
Log in Register