balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
ANTARA barangan yang ditemui dalam kenderaan suspek
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengamuk di kawasan awam menggunakan senjata di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, suspek dikatakan bertindak menghayunkan sebilah keris di hadapan restoran di Sembulan tanpa diketahui sebabnya sehingga menyebabkan orang ramai panik kerana bimbang dicederakan.
Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki itu cuba melarikan diri dengan menaiki kereta, namun tidak berjaya.
Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sebilah keris yang disimpan di but kenderaan suspek.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek dipercayai pernah melakukan perkara sama di sekitar Jalan Gaya dan Kampung Air pada 12 Disember lalu.
“Suspek dipercayai kurang siuman dan pernah mendapat rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu sebelum ini,” katanya-Bernama