BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Terminum Racun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
12.09.2025 - Seorang lelaki meninggal dunia selepas terminum racun yang disangka air minuman di sebuah kebun di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.47 petang.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 42 tahun terminum racun yang disangkakan minuman dalam botol air mineral. Semasa kejadian, lelaki terbabit sedang menjalankan kerja-kerja meracun sawit di sekitar kebun jagaannya. Sehingga kini punca kematian tidak dapat disahkan kerana perlu menunggu keputusan laporan makmal. Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yusof berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa sudah dijalankan Pegawai Perubatan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
1757695632836.png
 
Back
Top
Log in Register