BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut selepas terjun dari kereta api Ekspres

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
TAIPING – Seorang lelaki maut selepas bertindak nekad terjun dari kereta api yang dinaiki dalam kejadian kira-kira 12.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa Masabree Yusoh, 23, warganegara Thailand bertindak nekad terjun dari kereta api dinaiki di Kilometer 81.25, dekat sini.

Menurutnya, mangsa yang menaiki Ekspress Langkawi dijumpai di kawasan pintu masuk ke landasan kereta api Ulu Sepetang, di Kilometer 80.34.

“Ketika kejadian, seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas dalam tren 21 TN Ekspress Langkawi memaklumkan seorang penumpang terjun dari tren di kawasan Ulu Sepetang.

“Kejadian itu dimaklumkan kepada pihak Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yusuf berkata, anggota polis bantuan itu dan beberapa anggota lain kemudiannya memulakan usaha mencari mangsa yang akhirnya ditemui kira-kira jam 8.55 pagi hari sama.

“Kita jumpa mangsa tertiarap dalam semak dengan kecederaan parah di kepala,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan siasatan masih diteruskan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi...lepas-terjun-dari-kereta-api-ekspres-1.323549
 
ape motif dia terjun tu..?
ke mengigau?
 
Back
Top
Log in Register