BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut dihempap kontena

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Lelaki maut dihempap kontena
FB_IMG_1690289522450.jpg
FB_IMG_1690289524657.jpg
FB_IMG_1690289548529.jpg
FB_IMG_1690289551673.jpg
FB_IMG_1690289554255.jpg
FB_IMG_1690289558300.jpg
FB_IMG_1690289560932.jpg

KLANG – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya dihempap kontena di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa di sini, petang tadi.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an yang memandu Perodua Kancil dipercayai berlanggar dengan kontena tanpa kepala lori yang sedang memunggah barang tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.46 petang.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena tanpa kepala yang sedang mengisi barang dan Kancil.

“Mangsa yang juga pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan anggita bomba dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Zulfikar, lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE
 
Kemaskini ..

Tak Sempat Tapau Makanan, Lelaki Maut Kancil Kena Hempap Kontena Akibat Tanah Jerlus Di Klang

26.07.2023 - Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dihempap sebuah kontena terbalik susulan tanah mendap dan jerlus yang berlaku di Jalan Dato Yusof Shahbudin, Taman Sentosa, Klang, Selangor pada Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira pukul 5.09 petang. Menurutnya, siasatan mendapati kontena tanpa kepala itu diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemunggahan barang.

"Mangsa dipercayai meletakkan kenderaannya itu bersebelahan dengan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berhampiran. Siasatan mendapati mangsa ternampak kontena terbabit sedikit condong sebelum bertindak mengubah kenderaannya itu ke kawasan lain. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan," ujarnya.

Bagaimanapun, Hoong Fong berkata, mangsa tidak sempat berbuat demikian apabila kontena terbabit kemudiannya terbalik lalu menghempap mangsa dan keretanya. Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, keadaan tanah mendap dan jerlus dipercayai mengakibatkan kontena tersebut tidak stabil dan terbalik.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.​


 
Last edited:
Back
Top
Log in Register