BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut dihempap jentolak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



RAUB - Seorang pemandu jentolak maut tersepit di bawah jentolak yang dipandunya dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Hutan Simpan Krau, di sini sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Wong Ah Kew, 66, sedang melakukan kerjanya.

"Berdasarkan siasatan mendapati mangsa sedang memandu jentolak jenis Komatsu EM dalam kawasan pembalakan.

"Semasa mangsa sedang memandu jentolaknya mendaki bukit, secara tiba-tiba jentolak tersebut rosak," katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan jentolak tersebut menggelongsor ke belakang dan terbalik.

"Sebaik jentolak terbabit terbalik, mangsa dikatakan tersepit di bawah jentolaknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa yang mempunyai lesen memandu jenis kelas I berasal dari Taman Raub Jaya 5, di sini," katanya.
 
Sudah ajal dia macam tu.

Takziah kepada keluarga.
 
kalau dibayangkan..memang ngeri la kalau tersepit bahagian kepala
 
Back
Top
Log in Register