TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang dihempap jengkaut di Kampung Tengah, Labis. - NSTP/Ahmad Ismail
Pegawai Operasi, Sharfini Nasar dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis, berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 5.27 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki didapati tersepit di bawah sebuah jengkaut yang terbalik sebelum usaha mengeluarkan mangsa dilakukan.
“Pasukan bomba menggunakan beg pengangkat menggunakan udara dan memerlukan masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit itu.
“Bagaimanapun, selepas berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang turut datang untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepalanya yang dipercayai menyebabkan punca kematiannya, namun bagi pengesahan sebenarnya menunggu bedah siasat dilakukan kemudiannya,” katanya.
Sharfini berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang dikenali sebagai Masor Rahman, 42, berasal dari Kampung Gelang Cincin, Segamat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis Labis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 6.56 petang,” katanya.
Lelaki maut dihempap jengkaut
LABIS: Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut yang dikendalikannya ketika membuat kerja pembersihan di Padang Ragut Peta Temalik di Jalan Tengah, Kampung Tengah dekat sini, semalam.