BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki curi kabel ditahan polis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
polis.jpg.transformed_2.jpg


SUSPEK dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mencuri wayar kabel di sebuah rumah kediaman di Tudan, petang semalam

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Khoo Leng Huat, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

"Suspek memasuki sebuah kediaman di Jalan Kiambang dengan mengumpil pintu belakang dan mencuri kabel dalam rumah itu," katanya di sini, hari ini

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/253212
 
kabel kat kediaman...

mungkin tiada kesan pada bekalan elektrik / talian telefon.

tahniah pada kerjasama penduduk
 
mcm x berbaloi..utk rumah kediaman, berapa byk rumah yg perlu dia curi kabel tu utk jual?
dah lah kabel sekarang haluih2..curi utk guna sendiri kot..
 
image.jpg

2 lelaki ditahan curi kabel telefon

BUKIT MERTAJAM 7 Jan. - Dua lelaki yang dipercayai aktif mencuri kabel di Baling, Kedah, Seberang Perai Tengah (SPT) dan sekitar Seberang Perai Utara (SPU) di sini ditahan polis dalam serbuan di dua buah rumah di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek itu ditahan susulan tangkapan salah seorang daripada rakan mereka ketika melakukan kegiatan itu di Kampung Tok Suboh di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek pertama berusia 23 tahun ditahan di Taman Guar Perahu Indah kira-kira pukul 2 pagi manakala suspek kedua berusia 25 tahun ditahan di Taman Bukit Minyak kira-kira pukul 3.30 pagi.

"Kedua-dua mereka mengaku menjual semua kabel yang dicuri di sebuah setor barang lusuh di Sungai Rambai di sini pada November dan Disember tahun lalu.

"Hasil siasatan awal mendapti kedua-dua suspek lelaki itu mengaku terlibat kes curi kabel telefon sebanyak tujuk kes di SPT, dua di SPU dan satu di Baling, Kedah bersama seorang suspek yang sudah ditahan dan seorang lagi masih bebas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut ke atas kesemua suspek yang ditahan selain memburu seorang lagi yang masih bebas.

"Siasatan juga mendapati suspek berusia 23 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai empat rekod jenayah dan satu rekod berkaitan dadah," katanya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-lelaki-ditahan-curi-kabel-telefon-1.817334#ixzz5bt2RXtKC
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
skang rasanya TM da wat projek kabel tanam bawah tanah, tgk dok korek tepi² jalan. xtau le menggantikan yg atas tu ke atau utk projek lain...
 
Back
Top
Log in Register