BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Britain cipta 'basikal terbang'

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
http://www.youtube.com/watch?v=soxxPyaAT1k
33A4855100000578-0-image-a-4_1461920779856.jpg

33A4856300000578-0-image-a-6_1461920789113.jpg

FURZE dirakam terbang dengan hoverbike yang dibina menggunakan kerangka basikal. - AGENSI

LONDON – Seorang lelaki Britain mencipta sebuah kenderaan futuristik yang dinamakan sebagai hoverbike dan boleh bergerak di udara menggunakan dua buah kipas baru-baru ini.

Colin Furze yang mencipta hoverbike itu menyifatkannya sebagai kenderaan paling hebat pernah ditunggangnya. Penciptaan kenderaan itu dibina berdasarkan cadangan daripada beribu-ribu penonton yang mahu dia mencipta mesin boleh terbang.

Furze mencipta mesin itu menggunakan dua buah kipas besar yang dihadapkan ke bawah dan disambungkan kepada dua buah motor serta sebuah rangka basikal. Kipas tersebut digunakan untuk membolehkan kenderaan itu terapung dan berlegar di udara.

Empat rakaman video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan cara pembinaan kenderaan itu serta hasil terakhir yang diperoleh Furze.

Berdasarkan video terakhir yang dimuat naiknya, Furze dilihat mengendalikan mesin yang sukar dikawal itu di sebuah padang. – Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz47Rr646cj
 
tercabut kipas boleh putos kaki... #:-S#:-S
rasanya lagi sesuai moto terbang dari beskal terbang.
 
Macam payah nak control dan berbahaya. Tak pe, first prototype
 
basikal pun nak diterbang'n?? biarlah beroda at least bole eksesais sihat tubuh badan. taknaklah tahun 2100 nnt semua manusia obes jer sbb teknologi makin memalas'n manusia eksesais keluar peluh.
 
Susah nk control

Mcm naik drone yg bsr jek
 
tgk video kecoh je lebih. terbang nye gitu je :))
 
mamat ni mmg best
mcm2 dia buat
 
basikal pun nak diterbang'n?? biarlah beroda at least bole eksesais sihat tubuh badan. taknaklah tahun 2100 nnt semua manusia obes jer sbb teknologi makin memalas'n manusia eksesais keluar peluh.

bro punya statement ingatkan aku ttg filem disney Wall -e
 
bagus daya kreativiti dia ni.

nanti kalau nak dikomersialkan bolehlah tumpukan juga pada aspek keselamatan
 
Back
Top
Log in Register