BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki beli 15 trak pikap secara tunai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,604
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,604
Reaction score
351
Points
141
geli-15-triton.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan pengusaha itu datang ke bilik pameran untuk membeli 15 buah trak pikap. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengusaha ladang kelapa sawit di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membeli 15 buah trak pikap secara tunai pada harga 7.5 bilion rupiah (RM1.8 juta), lapor portal berita Lambe Turah.

Pembelian trak pikap jenis Mitsubishi Triton itu dibuat di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bejo_motor menunjukkan pengusaha itu datang ke bilik pameran dengan dua beg berisi wang kertas.

“Saya merancang untuk membeli 15 buah Triton. Saya membawa dua beg berisi wang kertas,” kata pengusaha itu dalam video.

Kenderaan-kenderaan tersebut dibeli untuk keperluan perniagaannya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 12.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Seronoknya tengok duit orang,” kata seorang netizen.

“Saya tidak pernah pegang duit sebanyak itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Hartono mana hartono, biasa dia je post citer gini, mesti dia bangga dengan berita ni.:D:D
 
bukan atas nama peribadi pun...nama syarikat
 
puak nie ker yg bakar ladang kelapa sawit pastu kita kena jerebu teruk kan?kalau dah asal mainland tetaplah perangai mainland...patut di dor sekor2...
 
Back
Top
Log in Register