BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Sita Pikap Dipandu Lelaki Pelarian Myanmar Di Alor Setar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

JPJ Sita Pikap Dipandu Lelaki Pelarian Myanmar Di Alor Setar​

e00a21c8b399ddb2121ca39ed42d68576a7ac3492d7d7

Kredit: FB JPJ Negeri KEDAH

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah pikap dipandu seorang lelaki pelarian Myanmar dalam Operasi Pemandu Warganegara Asing di Jalan Timur 1, dekat sini hari ini.

Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak projek ditahan pada 8.07 pagi kerana memandu tanpa lesen yang sah selain keadaan kenderaan yang tidak diselenggara.

“Lelaki itu ditahan ketika hendak ke tempat kerja. Pikap yang digunakan sejak Mei lepas milik syarikat tapak projek dan diberikan kepadanya untuk kegunaan kerja harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi oleh Unit Penguat Kuasa Bermotosikal turut menyita dua lagi kenderaan yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau berkata semua kenderaan itu dibawa ke Depoh Sitaan JPJ Kedah untuk tindakan lanjut selain notis saman dikeluarkan terhadap pemandu serta pemilik pikap tersebut.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat di kawasan tumpuan bagi memastikan setiap kenderaan dan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta memenuhi aspek keselamatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar pikap berserta keterangan gambar yang menyatakan kenderaan itu dipandu oleh pelarian Myanmar.

 
Back
Top
Log in Register