BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki bakar rumah sendiri

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Georgetown: Seorang lelaki berusia 60 tahun disyaki kurang siuman membakar kediamannya di tingkat tiga Flat Desa Selatan di sini, jam 1 petang tadi.

Tindakan itu menyebabkan hampir 60 peratus kediaman itu membabitkan bahagian dapur dan ruang tamu hangus dijilat api.

Penduduk menyedari tindakan lelaki itu selepas terlihat kepulan asap tebal yang keluar dari premis berkenaan.

Mereka kemudian bertindak menghalang lelaki berkenaan sebelum memadamkan api sedang marak menggunakan air paip.

Kerjasama penduduk berhasil apabila api berjaya dipadamkan dalam masa beberapa minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian.

Lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia tetap dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5841#sthash.Kcboxvbw.dpuf
 
Kesian, dia tak sedar tu.

Nak diikat, kejam.
Bila dilepas, bakar...
 
x leh baca aku berita ni, ada gangguan :D
 
Orang2 kurang waras ni tak boleh dibiarkan hidup sendiri.
 
lagi naya kalu dia bakaq rumah org lain
 
Back
Top
Log in Register