TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
SEORANG murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat dipukul seorang cikgu di sekolahnya. - Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat dipukul seorang cikgu di sekolahnya.
Menurut sumber, kecederaan itu disedari ibu mangsa ketika mengambil mangsa di rumah neneknya di Kampung Padang, Hulu Langat, petang semalam.
“Ketika menjemput mangsa kira-kira jam 4 petang, ibunya terkejut melihat kesan lebam yang teruk di bahagian tengkuk kanan anaknya.
“Apabila ditanyakan mengenai kecederaan itu, mangsa berkata dia ditampar seorang gurunya pada Jumaat lalu, malah turut memberitahu nama cikgu terbabit.
“Ibunya yang berang terus ke pejabat guru besar dan memaklumkan kejadian berkenaan sebelum hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/461877/tengkuk-lebam-ditampar-guru
Lebam sah akibat ditampar
![]()
ZURIA Salmi Nik Mat menunjukkan laporan perubatan dan laporan polis berkenaan anaknya, Muhammad Emran Amir Hairul Eainur yang dipercayai ditampar oleh seorang guru di sekolah anaknya pada Jumaat yang lalu sehingga mengakibatkan kecederaan. - Foto Supian Ahmad
PETALING JAYA: ”Hasil laporan rawatan anak saya, Muhammad Emran (Amir Hairil Eianur) yang dikeluarkan hospital kerajaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian tengkuk akibat hentakan.”
Demikian luahan ibu mangsa, Zuria Salmi Nik Mat, 36, dalam nada sebak ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya anaknya mengalami penyakit beguk.
Zuria menegaskan lebam di tengkuk Muhammad Emran, 8, adalah akibat ditampar guru di sekolahnya, minggu lalu.
Katanya, anaknya diberi cuti sakit dari Selasa lalu hingga hari ini dan berada dalam keadaan trauma sehingga tidak mahu meneruskan sesi pembelajaran di sekolah terbabit.
Sehubungan itu, dia akan menemui guru besar sekolah itu minggu depan untuk menguruskan proses pertukaran sekolah demi masa depan anaknya.
“Saya uruskan semua perkara itu secara profesional dengan guru besar terbabit, saya ada tiga anak bersekolah di situ dan Muhammad Emran yang bongsu.
“Saya berhasrat untuk menukarkan sekolah dua anak saya termasuk kakak Emran, Sarah Nur Saffiyah, 10, yang berada di bawah jagaan saya.
“Yang sulung, Muhammad Syaheed Adib, 12, berada di bawah jagaan bekas suami, maka itu terserah kepada dia untuk mengambil keputusan terbaik berhubung isu berbangkit.
“Pada masa sama, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan termasuk yang memfitnah saya bagi membersihkan nama saya dan ahli keluarga lain,” katanya pada sidang media di sebuah restoran, di sini, hari ini.
Selain itu, Zuria berkata dia mendapat maklumat daripada seorang pengguna Facebook yang juga dipercayai kakitangan di sekolah itu bahawa Emran antara empat murid yang ditampar guru berkenaan.
“Saya terkejut kerana anak saya dan tiga yang lain ditampar kerana membuat bising di kawasan tangga sekolah.
“Ada situasi anak saya nakal, itu tidak dinafikan, malah saya galakkan dia ditegur dan dimarahi guru sekolah itu, namun hukuman yang diberikan perlu setimpal.
“Jangan sesekali aniaya anak orang, luluh hati seorang ibu mengetahui anaknya cedera ditampar guru,” katanya.
Kelmarin, polis mengambil keterangan guru yang didakwa menampar seorang murid tahun dua hingga cedera di bahagian tengkuk kanannya.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata berdasarkan laporan polis dibuat guru itu, dia menafikan lebam itu akibat ditampar sebaliknya kesan itu dipercayai akibat penyakit beguk.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/463115/sah-lebam-akibat-ditampar
Cikgu tepuk dengan perlahan
![]()
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Guru yang didakwa menampar seorang murid tahun dua sehingga lebam yang viral semalam mengaku menepuk perlahan kanak-kanak terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, guru terbabit sudah diambil keterangan dan membuat pengakuan tersebut.
“Namun, beliau memberitahu, tepukan tersebut tidak kuat dan tidak mungkin mendatangkan kecederaan seperti didakwa ibu serta mangsa terbabit.
“Malah, maklumat yang didapati daripada rakan sekelas mangsa juga menyatakan guru itu tidak menampar dengan kuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambah Ahmad Dzaffir, pihaknya kini sedang menunggu laporan pemeriksaan kecederaan mangsa daripada Hospital Kajang.
“Kita akan teruskan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan akan mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat,” ujarnya.
http://www.utusan.com.my/berita/nas...-seperti-didakwa-murid-1.729692#ixzz5OFVkzviK
Cikgu sado mengaku tampar
KAJANG: Polis sudah mengambil keterangan guru yang didakwa menampar seorang murid tahun dua hingga cedera di bahagian tengkuk kanannya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata guru berkenaan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian itu.
“Berdasarkan keterangan daripada guru berkenaan, dia mengaku menampar murid itu, namun tidak kuat hingga boleh mendatangkan kecederaan seperti dialami mangsa pada bahagian tengkuk kanannya.
“Malah rakan sekelas mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan perkara sama dengan menyatakan tamparan guru itu tidak kuat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata, guru itu ada memaklumkan bahawa lebam itu dipercayai akibat beguk.
“Kami sedang menunggu laporan pemeriksaan kesan lebam terhadap mangsa yang dibuat di Hospital Kajang.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat memandangkan kanak-kanak itu di bawah jagaan neneknya.
“Kertas siasatan berhubung kejadian ini sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada murid terbabit ketika dihubungi, berkata keluarganya menunggu laporan perubatan daripada hospital sebelum membuat sebarang tindakan atau kenyataan lanjut.
Semalam, NSTP melaporkan seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat ditampar guru sekolahnya.
Ibu kepada pelajar itu kemudian tampil membuat laporan di IPD Kajang berhubung insiden itu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/462268/polis-ambil-keterangan-guru-tampar-murid
update di pihak makcik
![]()
Rupanya nenek sapu nila kerana beguk
Setelah viral kejadian guru tampar murid siang tadi, Guru Jan Raafi telah membuat laporan polis bekaitan kes ‘tampar murid sehingga lebam’ tersebut.
Menurut beliau apa yang diceritakan oleh murid itu adalah tidak benar. Tiada pun murid tersebut ditampar atau terlanggar tangan beliau.
Yang sebenarnya kesan biru itu adalah nila dan cuka yang diletak oleh neneknya kerana anaknya itu disyaki terkana penyakit beguk. Beliau juga memberitahu memang sekarang ini beguk dan HFMD sedang menular di kalangan murid di sekolahnya.
Cikgu Jan Raafi juga telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak, kerana telah diviralkan di media sosial.
Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh guru tersebut:
![]()
https://www.pendidik2u.my/dakwa-ditampar-rupanya-nenek-bubuh-nila-sebab-beguk/