strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
BALAKONG – Lega! Barangkali perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perasaan kira-kira 35,000 penduduk Taman Impian Ehsan apabila menikmati semula bekalan air selepas 17 hari terputus bekalan.
Menyedari bekalan diterima tidak kekal lama, namun rata-rata penduduk bersyukur mendapat bekalan setelah lebih dua minggu berhempas- pulas mengangkut air setiap hari.
Suri rumah, Mazling Abdul Wahab, 39, berkata, sebaik sahaja mendapati paip rumahnya mengeluarkan air, dia terus membasuh pakaian.
Dia yang menghuni rumah pangsa bersama enam anak berkata, penat mengangkut air masih belum hilang namun terpaksa menyimpan air pula untuk menghadapi catuan seterusnya.
Tambahnya, semua tong, besen dan baldi yang ada digunakan untuk mengisi air.
“Penat angkut air berulang-ulang kali dari tangki statik Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) sebelum ini belum habis, tapi terpaksa juga memerah keringat isi air dalam tong semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) sebagai persediaan menghadapi giliran catuan.
“Apa pun saya bersyukur sangat catuan air dilaksanakan kerana memberi masa untuk kami simpan air dengan lebih mudah,” katanya.
Dapat rehat seketika
Mekanik, Muhammad Iqbal Mohamad Yusuf, 30, berkata, selepas bekalan air pulih di pangsapuri didiaminya, keadaan rumah pangsa itu sunyi sepi dan tidak lagi riuh-rendah seperti dua minggu sebelum ini.
Menurutnya, pangsapuri diduduki seperti meraikan pesta apabila lori menghantar bantuan bekalan air tiba di tingkat bawah.
Katanya, berkemungkinan penduduk mengambil peluang berehat setelah bermandi peluh mengangkat air setiap masa.
Muhammad Iqbal, yang mendiami rumah berkenaan bersama isteri, dua anak, nenek dan ibu mertua, mendakwa menyimpan air menggunakan kudrat sendiri.
“Isteri saya mengandung lapan bulan, ibu dan nenek pula dah tak larat, jadi saya seorang isi air di tangki dan botol-botol yang ada sebagai persediaan,” katanya.
Sebagai persediaan catuan, Iqbal tuberjimat-cermat menggunakan air.
Iqbal meminta Syabas menyediakan bantuan bekalan air kepada penduduk yang tidak sempat simpan air.
Bantuan air itu, katanya, boleh disediakan pada hari kedua catuan kerana mungkin banyak rumah sudah kehabisan air yang disimpan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pangsapuri di sini mendapati terdapat ratusan tong diletakkan penduduk di luar rumah yang penuh berisi air.
Penduduk dipercayai sudah bersiap sedia untuk terputus bekalan air hari ini dan esok.
Tekanan air kuat
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang, Mejar (B) Abd Rahim Mohd Amin yang mendiami kawasan perumahan di Taman Impian Ehsan berkata, pihaknya berpuas hati air disambung kelmarin dengan tekanan yang kuat.
Katanya, penduduk akan mula terputus* semula bekalan hari ini pada jam 9 pagi.
Beliau menasihatkan penduduk supaya menyimpan air secukupnya apabila giliran taman perumahan mereka disalurkan bekalan.
“Ramai penduduk lega sebaik bekalan air diperoleh,” katanya.
Sementara itu, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee, mendakwa ada penduduk yang lewat menerima bekalan air.
Kawasan yang terjejas, katanya, ialah Taman Desa Karunmas, Seri Sungai Long, Bukit Sungai Long dan Taming Indah.
Penduduk memberitahu, mereka hanya mendapat semula bekalan air antara jam 7 malam dan 11 malam.
Dakwanya, faktor berlaku sedemikian mungkin berpunca daripada paip yang dipenuhi angin selain air terus disalurkan ke tangki besar sebelum ke tangki rumah penduduk.
“Saya juga ada menerima aduan penduduk di Bandar Damai Perdana, Cheras yang terputus bekalan air, namun tidak tahu apa puncanya,” katanya.
Eddie Ng berkata, pihaknya berharap selepas memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ditandatangani, krisis bekalan utiliti itu dapat diselesaikan segera.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lega-dah-dapat-air-1.255727