BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM600,000 Dibelanjakan Bagi Pendidikan Di Parlimen Hang Tuah Jaya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
4389e2475a696c5fb3cf68ca23af2aba6961cb3f70b1d


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya membelanjakan lebih RM600,000 bagi perkara berkaitan pendidikan di kawasan berkenaan pada tahun lepas.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim berkata antaranya merangkumi sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), yuran sekolah dan komputer riba bagi murid dan pelajar kurang berkemampuan.

"Di Parlimen Hang Tuah Jaya ini kita memang beri tumpuan kepada usaha mendukung agenda pendidikan.

"Jadi saya harap usaha ini dapat terus diberi sokongan oleh semua pihak bagi memastikan anak-anak di Parlimen Hang Tuah Jaya mendapat pendidikan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Selamat Kembali ke Sekolah bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Pada program berkenaan, 500 orang menerima sumbangan baucar wang tunai dan beg sekolah bagi membeli kelengkapan persekolahan mereka.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata pada tahun ini beliau akan memberi tumpuan kepada sektor kritikal membabitkan pendidikan, kebajikan, kesihatan dan infrastruktur.

Beliau berkata kerjasama strategik dengan pelbagai pihak akan diperhebat supaya usaha membantu golongan memerlukan di Parlimen Hang Tuah Jaya boleh dilipat ganda.

 
Back
Top
Log in Register