BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM2.72 Bilion Dijimatkan melalui Reformasi ARPA Sejak 2024 - KSN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Lebih RM2.72 Bilion Dijimatkan melalui Reformasi ARPA Sejak 2024 - KSN​

9066e5cb85d9671d59397d0afac51f756a058693a7859

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Pelaksanaan pembaharuan di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah menjana penjimatan lebih RM2.72 bilion dalam kos kawal selia sejak 2024, melalui 1,171 projek berdaftar yang melibatkan penambahbaikan proses dan reformasi birokrasi.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pencapaian itu jelas memperlihatkan bahawa reformasi tadbir urus bukan sekadar retorik, sebaliknya telah membuahkan hasil melalui pengurangan kos, kelulusan lebih pantas, peningkatan daya saing serta pengukuhan keyakinan awam.

“Reformasi yang diperkenalkan di bawah ARPA dikenal pasti sebagai faktor penyumbang melalui peningkatan kecekapan institusi, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, pendigitalan serta reformasi tadbir urus. Ini memberikan isyarat kukuh kepada pelabur bahawa Malaysia serius dalam reformasi dan daya saing.

“Reformasi itu juga sedang membentuk Malaysia yang lebih cekap, telus dan mesra pelabur,” katanya dalam ucaptama pada Sesi Meja Bulat bersama dewan perniagaan, di sini hari ini.

Beliau berkata sistem e-Penghulu telah membantu mengurangkan tempoh proses pendaftaran bantuan bencana dan permohonan eKasih daripada satu jam kepada hanya lima minit.

Shamsul Azri berkata reformasi dalam pengurusan permit pembinaan di Majlis Perbandaran Kulim, Kedah telah mengurangkan tempoh kelulusan daripada 24 bulan kepada 10 bulan melalui sistem E10, manakala di Majlis Perbandaran Kulai, Johor pula tempoh proses dikurangkan daripada 24 bulan kepada 14 bulan.

“Kedua-dua inisiatif itu menyumbang secara signifikan kepada peningkatan nilai pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan penjanaan hasil bagi pihak berkuasa tempatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) untuk semua pegawai pengawal dan ketua setiausaha.

“Setakat Dis 2025, prestasi pelaksanaan projek meningkat sebanyak 122 peratus, projek sakit berkurangan 45 peratus, projek lewat menurun 16 peratus, manakala isu berkaitan ‘kelemahan perancangan’ berjaya diselesaikan hingga 98 peratus,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register