BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Di Guna 4 Orang Serentak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Di era serba digital dan canggih serta informasi yang pantas, pendidikan tidak terkecuali dalam keperluan menggunakan perkakasan dan perisian terkini. Ia amat penting dalam memenuhi keperluan pelajar dan pendidik mengejar kepesatan perkembangan teknologi dan pengetahuan teknologi maklumat yang pantas berubah.

Pendidikan Memerlukan Solusi Yang Inovatif & Efisien

Walau bagaimanapun, faktor-faktor seperti kos, ruang dan kurang pengetahuan teknikal antara menjadi penyebab pengguna beranggapan pemilikan sesebuah komputer sebagai mahal dan membebankan. Ia menjadi lebih sukar apabila ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak seperti makmal komputer untuk sekolah mahupun operasi sesebuah syarikat. Maka sebab itulah, JOI sebuah jenama popular yang telah lama bertapak di Malaysia kini menawarkan penyelesaian dengan produk terbaru mereka, JOI Virtual Lab Solution. Menerusi JOI Virtual Lab Solution, ia bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi menghilangkan segala kebimbangan lain anda terhadap isu-isu berbangkit tentang pemilikan PC. JOI Virtual Lab Solution menawarkan jawapan yang lengkap untuk keperluan pendidikan mahupun organisasi moden dengan menyatukan teknologi canggih dalam satu pakej yang bersepadu.

1 PC diguna 4 pengguna serentak

Apa yang menariknya dengan penyelesaian yang ditawar JOI ini adalah ia menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi pengguna sekali gus. JOI Virtual Lab Solution menyelesaikan isu utama yang paling dibimbangi iaitu kos kerana hanya dengan 1 unit PC sahaja, ia boleh digunakan sehingga 4 orang pengguna dengan serentak. Menggunakan ciri komputer berpusat, PC JOI yang bersaiz mini tapi berprestasi ini mampu menyokong sehingga 4 orang pengguna serentak atau bersamaan dengan 4 buah PC berbeza. Ini sekali gus menjadikan kos pemilikan menjadi sangat mampu milik kerana anda tidak perlu pun membeli sehingga 4 unit PC yang berbeza. Sebaliknya cukup dengan 1 unit PC JOI sudah mampu menampung 4 pengguna. Lebih jimat, lebih bijak. Pengguna akan merasai pengalaman menggunakan monitor bersaiz penuh, seolah-olah menggunakan komputer desktop tradisional.

3.jpg

Jimat Ruang

JOI Virtual Lab Solution bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan PC, tapi anda juga tak perlu pening memikirkan keperluan ruang yang besar. Ini kerana, JOI Virtual Lab Solution yang hadir dalam reka bentuk mini mudah sahaja diletakkan di atas sebuah meja atau di mana-mana bahagian meja yang sesuai. Dari situ, anda boleh sambungkan 4 monitor dan perkakasan lain untuk disambungkan bersamanya di satu ruang menja yang sama. Jadi, makmal komputer yang diperlukan tidaklah perlu memakan ruang yang begitu besar bersaiz dewan. Sebaliknya, ruang bersaiz bilik darjah sudah mencukupi dijadikan makmal komputer yang mampu menampung berpuluh pelajar dalam sebuah bilik yang bersaiz sederhana sahaja. Reka bentuknya yang kompak menjadikannya sesuai untuk ruang yang kecil, menjimatkan ruang fizikal di kawasan pembelajaran yang terhad.

1.jpg

Mudah Di Selenggara

Ketiadaan berpuluh unit PC pastinya memudahkan ia diselenggara seperti kemasan wayar monitor dapat diuruskan dengan lebih kemas serta kemasan peranti lain juga dapat diurus dengan lebih baik. Malah kemas kini perisian juga mudah dibuat kerana sebagai contoh, jika sebelum ini anda perlu menguruskan sehingga 40 unit PC, tapi kini ia diringkaskan kepada 10 unit sahaja yang menyokong sehingga 40 orang pengguna. JOI Virtual Lab Solution merupakan pilihan yang ideal untuk institusi pendidikan yang ingin mengurangkan perbelanjaan sambil meningkatkan kualiti pengajaran.

4.jpg

Jimat Tenaga

Pengurangan unit PC ini juga bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan, tapi juga menawarkan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Sekali gus menjadikan penggunaan elektrik yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Sistem ini membantu mengurangkan sisa elektronik dan penggunaan tenaga secara keseluruhan.

5.jpg

Sokongan Pelbagai Sistem Operasi

JOI Virtual Lab Solution juga bukan sahaja menyelesaikan isu-isu di atas, tetapi juga isu berbangkit yang lain khususnya sistem operasi bagi PC. Anda tidak perlu bimbang sistem operasi mana yang patut digunakan kerana JOI Virtual Lab Solution dengan menggunakan Intel NUC tersedia menyokong pelbagai sistem operasi yang berbeza sekali gus termasuklah Windows & Linux. Jadi, tidak kiralah sistem operasi mana yang anda mahu gunakan, ia tersedia untuk anda. JOI Virtual Lab Solution menawarkan pengalaman penggunaan komputer yang menyerupai komputer penuh dengan sokongan pelbagai sistem pengendalian seperti Windows dan Linux.

2.jpg

Operasi Organisasi Lebih Cekap, Jimat & Ringkas

JOI Virtual Lab Solution mengintegrasikan pelbagai teknologi dalam satu sistem yang mudah diurus. Dengan menggunakan Intel NUC yang menyokong akses serentak oleh empat pengguna, institusi pendidikan dapat menggantikan beberapa komputer desktop dengan satu unit yang lebih padat dan efisien. Sistem ini menyediakan ciri pengurusan dan penyediaan automatik yang memudahkan pentadbir IT dalam menyelenggara dan menguruskan terminal pelajar. Ini membolehkan pengurusan yang lebih baik dan responsif terhadap keperluan pengguna.
 
Back
Top
Log in Register