BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 400 masjid musnah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Anggota misi pengaman berkawal di luar tapak masjid yang musnah di Bangui.
< 1 / 1 >
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Lebih 400 masjid di Republik Afrika Tengah menjadi sasaran keganasan akibat krisis yang berterusan di negara itu, menurut Duta AS ke PBB, kelmarin.

Samantha Power berkata. sebanyak 417 daripada 436 masjid dilaporkan musnah sepenuhnya sejak kempen penghapusan etnik berleluasa di Bangui sejak lebih setahun lalu.

"Konflik tersebut meninggalkan kesan kemusnahan yang teruk di negara itu dan penduduk Islam juga terpaksa hidup dalam ketakutan," katanya.

Power turut menzahirkan kebimbangan beliau selepas kira-kira 750 anggota misi pengaman dari Kesatuan Eropah (EU) mula meninggalkan negara bergolak itu pada hujung minggu lalu.

"Kehadiran pasukan pengaman masih tidak dapat menghentikan kekejaman dilakukan kumpulan militia anti-Balaka yang semakin bermaharajalela di Bangui. Pelucutan senjata antara puak bertelagah adalah langkah paling utama untuk meredakan konflik tersebut," tegasnya.

Krisis di negara terbabit semakin meruncing selepas kumpulan bersenjata anti-Balaka melancarkan serangan balas terhadap kumpulan militan, Seleka yang menggulingkan kerajaan pada Mac 2013. - Press TV
 
kat belah africa ni mcm xde liputan jer.. ke bhaya sgt
 
Isis pilih negara yang kaya dgn hasil je. Negara miskin depa tak pandang.

x lama lg insyaallah...mujahidin boko haram yg dah berbaiah dgn khalifah akan masuk tmpt ni...dorang smakin mara..
 
Back
Top
Log in Register