BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 145,000 PATI Daftar Program Rekalibrasi

KEKANGAN BURUH | Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja Perlu Diperhebat

Pelaksanaan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja (RTK), perlu diperhebat bagi menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh kritikal di industri sawit dalam jangka pendek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaksanaan itu perlu memberi keutamaan kepada tenaga asing sedia ada bagi memastikan pemulihan segera pasaran buruh di industri berkenaan.

 

Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja perlu diperhebat

Oleh Muhammad Yusri Muzamir- September 12, 2021 @ 3:57pm
[email protected]

topkparekablisi_1631440986.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (tengah) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada bekas petugas media, Mohamad Azfar Afandi Zulkfley (kiri) pada Program Pemberian Bakul Makanan Kepada Pekerja GIG Ekonomi dan Bekas Petugas Media di Putrajaya Central hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MyCAR Mohd Noah Maideen (kanan).- Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja (RTK) perlu diperhebat bagi menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh kritikal di industri sawit dalam jangka pendek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pelaksanaan itu perlu memberi keutamaan kepada tenaga asing sedia ada di negara ini bagi memastikan pemulihan segera pasaran buruh di industri sawit.

Selain itu, katanya, had masa sehingga tiga minggu perlu ditetapkan bagi menyelesaikan isu berkenaan dan mengelak peneroka dan pekebun kecil sawit berdepan lebih banyak kerugian.

"Sebenarnya kerajaan pada April lalu, sudah meluluskan untuk membolehkan buruh asing diambil kerja di ladang kelapa sawit melalui proses rekalibrasi. Malangnya ia tak dapat minat daripada buruh asing.

"FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV) umpamanya memerlukan 5,000 dan 10,000 buruh asing, selain mencatat kerugian RM1.6 bilion bagi enam bulan pertama dan untuk setahun RM3.2 bilion.

"Saya juga sudah membangkitkan hal ini sekali lagi dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin (Jumaat lalu), selain sekali lagi akan panggil pihak berkenaan (untuk membincangkan isu kekurangan tenaga buruh), esok," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pekerja gig ekonomi dan bekas pengamal media secara pandu lalu di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu industri sawit berisiko kehilangan antara RM15 bilion hingga RM20 bilion setahun akibat kekurangan pekerja kritikal, membabitkan kekosongan dianggarkan 75,000 orang, sejak penularan COVID-19.

Ia turut menyebabkan kerajaan hilang pendapatan kira-kira RM2 bilion hingga RM2.5 bilion setahun hasil duti dan cukai tidak dapat dikutip jika masalah itu dibiarkan berlanjutan dan tidak diatasi segera.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pekerja gig ekonomi dan bekas pengamal media secara pandu lalu, di sini.

Mengenai penyelesaian jangka panjang, katanya, penggunaan mekanisasi dan pembabitan buruh tempatan dalam industri perladangan, khususnya sawit perlu diperhebat, selain kadar upah dan faedah perlu dinaikkan bagi menarik minat golongan muda.

"Gaji minimum RM1,200 tidak menarik bagi anak muda. Ada di beberapa kawasan, majikan naik gaji sikit dan beri kemudahan umpamanya perumahan percuma, elaun makan dan sebagainya. Ia akan menjadikan sektor ini lebih menarik.

"Bagaimanapun, sementara waktu ini, dalam dua atau tiga minggu saya harap kita dapat cari kaedah bagaimana dua sumber, iaitu (buruh asing) sedia ada dalam negara, mungkin permitnya sudah tamat.

"Bagi (warga asing) yang baru mahu masuk, sudah pasti ia membabitkan Kementerian Kesihatan bagi prosedur operasi standard (SOP) sebab kita tak mahu mereka bawa COVID-19 hingga berlaku lonjakan kes. Ini sudah pasti tidak bagus untuk kita," katanya.


 
KDN-KSM | Operasi Besar-Besaran Buru Pati Mulai 1 Januari Depan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah memaklumkan operasi besar-besaran memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Operasi melibatkan kerjasama antara dua kementerian itu adalah kesinambungan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI hujung tahun ini.

 
PEKERJA ASING | Isu 200,000 Warga Asing Tidak Bekerja Diselesaikan Bulan Depan

Lambakan lebih 200,000 warga asing tidak bekerja yang mendaftar dibawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja akan diselesaikan Disember ini.

 
PELAN REKALIBRASI PATI | 712,435 Individu Dari Pelbagai Negara Berdaftar

712, 435 individu dari pelbagai negara berdaftar di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sejak ia dilaksanakan pada 16 November 2020 hingga 30 Jun lalu.

Daripada jumlah itu, 293,907 pati berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Pulang, manakala 418,528 PATI berdaftar untuk menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

 
Back
Top
Log in Register