BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 145,000 PATI Daftar Program Rekalibrasi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PATI | Lebih 145,000 Daftar Program Rekalibrasi

Seramai 145,830 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang, sejak ia dilaksanakan November tahun lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
PATI | Kaunter Khas Percepat Urusan Pulang Ke Negara Asal

Bagi menambah baik Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin, (PATI) Jabatan Imigresen (JIM), membuka kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Kaunter yang beroperasi 24 jam itu akan membolehkan PATI pulang ke negara asal dengan segera.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
FB_IMG_1626878487643.jpg

Kaunter khas bagi Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 minggu depan bagi melancarkan urusan pulang warganegara asing berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata lapan buah kaunter dan ruang menunggu akan dibuka di Aras 2, klia2 dengan kapasiti seramai 500 orang pada satu masa.

 
FB_IMG_1627053070824.jpg

♾ 155,124 pendatang tanpa izin berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja; 102,592 pula berdaftar dalam Program Rekalibrasi Pulang

♾ Seramai 979 individu dikenakan tindakan undang-undang kerana melindungi pendatang tanpa izin bagi tempoh 2019 hingga 2021

Sumber: KP Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia
 
Kalau semua balik, sapa nak potong buah sawit.
Harga sawit naik sbb supply takde
 
REKALIBRASI PULANG | 8,856 PATI Pulang Menerusi Kaunter Khas KLIA

Kaunter bagi program Rekalibrasi Pulang PATI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinaik taraf dengan mewujudkan 20 lagi kaunter yang mampu menampung sehingga 1,000 warga asing.

 
FB_IMG_1628183918785.jpg

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, sebanyak 8,856 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing menerusi program rekalibrasi pulang di KLIA yang bermula 5 Julai hingga 31 Julai.

Syarat menyertai Program Rekalibrasi Pulang di KLIA adalah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing, memiliki tiket pulang ke negara asal, membayar kompaun RM500 dan mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) yang sah laku dalam tempoh 72 jam dari tarikh penerbangan.

Jabatan Imigresen Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berita lanjut di bernama.com
 
RM150 juta wang PATI dipungut kerajaan

Putrajaya: Hampir RM150 juta berjaya dipungut Kerajaan Persekutuan melalui dua program Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bermula pada November 2020 sehingga 30 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata, program di bawah Jabatan Imigresen itu akan diteruskan sehingga 31 Disember kelak.

Beliau berkata, setakat Isnin lalu, seramai 301,013 PATI didaftarkan melalui Pelan Rekalibrasi PATI membabitkan 122,270 yang mendaftar diri untuk pulang manakala 178,743 serta 8,544 majikan mendaftar untuk program rekalibrasi tenaga kerja.

Katanya, daripada jumlah yang memilih untuk pulang, seramai 101,851 sudah kembali ke negara asal dengan kutipan hasil sebanyak RM59,171,400.

"Apabila kita lakukan ini, kita mohon mereka membayar wang cagaran dan kita mengutip sebanyak RM87,591,000. Jadi, ini bermakna kita sudahpun memperolehi cagaran keseluruhannya dalam program ini mencapai kira-kira RM150 juta," katanya selepas kembali semula ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, tadi.

Pada masa sama, Hamzah berkata, sehingga 30 Ogos lalu, sebanyak 2,388 operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen membabitkan 11,112 tangkapan PATI serta 110 tangkapan dikalangan majikan.

Beliau berkata, ketika ini kapasiti di Depoh Jabatan Imigresen sudah mencecah 94 peratus apabila pusat tahanan itu menempatkan seramai 19,848 PATI.

Selain itu, beliau berkata, KDN komited dalam menambah baik dasar dari semasa ke semasa termasuk kawalan sempadan melalui pendekatan lima sempadan merangkumi perolehan aset strategik di sempadan utara Kedah, utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak.

"Oleh kerana ini kita memerlukan sesuatu yang lebih strategik. Kita akan memberikan fokus termasuk pembukaan pintu masuk yang baharu (seperti) di Sabah dan Sarawak; pembinaan pos kawalan; pembelian radar, kamera litar tertutup (CCTV) dan dron; serta penggunaan teknologi tinggi yang lebih canggih untuk mengawal sempadan kita," katanya.

Hamzah juga berkata, KDN akan meneruskan segala perancangan dasar yang terkandung dalam Pelan Strategik KDN 2021-2025 dan Rancangan Malaysia ke-12.

Beliau berkata, KDn juga akan meneruskan cadangan pindaan akta dan undang-undang yang dirancang sebelum ini seperti Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substans serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Sumber: Harian Metro
 
REKALIBRASI PATI | Kerajaan Kutip Hampir RM150 Juta Hasil Cagaran

Kerajaan mengutip hasil dan cagaran hampir RM150 juta daripada dua program di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sejak mula dilaksanakan 16 November tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, 301,013 PATI turut didaftarkan menerusi program terbabit setakat 30 Ogos lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
KDN CADANG HUKUMAN TUTUP KILANG JIKA MAJIKAN DIDAPATI MASIH AMBIL PATI SELEPAS PROGRAM REKALIBRASI TAMAT

(Temu bual eksklusif bersama Utusan Online)

Majikan yang masih berdegil dan gagal mendaftarkan pekerja tanpa izin di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat akhir tahun ini, berhadapan tindakan perniagaan ditutup untuk tempoh tertentu.

Cadangan Kementerian Dalam Negeri itu bertujuan menangani lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta keengganan sesetengah majikan yang terus tidak mahu mendaftarkan pekerja tanpa izin walaupun kerajaan melancarkan pelbagai program pemutihan warga asing.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pandemik Covid-19 mendedahkan satu lagi masalah besar membabitkan warga asing tidak berdaftar.

Katanya, ketika ini ramai warga asing yang meninggal dunia terutama yang mati di rumah atau brought in dead dan kedutaan asing sukar mengenal pasti sama ada mangsa adalah warga mereka kerana tiada dokumen.

Hamzah berkata, kerajaan sudah memberi masa mencukupi untuk majikan menggajikan pekerja asing secara sah dan tindakan tegas perlu kerana ketidakpatuhan mereka terhadap prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca kes Covid-19 sukar diturunkan.

Katanya, keadaan itu menyukarkan kerajaan menukar status pandemik kepada endemik.

Hamzah berkata, tindakan tegas itu dibuat susulan terdapat kilang yang diberikan kebenaran beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun didapati tidak mematuhi SOP malah melakukan banyak kesalahan seperti tiada dokumen.

Tempoh penutupan kilang yang melanggar SOP itu yang mungkin sebulan atau dua bulan katanya, masih dalam kajian tetapi akan dikuatkuasakan awal tahun hadapan.

“Sehingga tindakan tegas itu dikuatkuasakan, majikan masih mempunyai peluang mendaftarkan pekerja agar mendapat dokumen pekerjaan yang sah,” katanya dalam temubual kelmarin.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diperkenalkan supaya majikan daripada lima sektor yang mengalami kekurangan pekerja susulan pembekuan pengambilan tenaga kerja asing boleh menggajikan PATI bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

Syaratnya ialah majikan perlu memastikan PATI terlibat mempunyai dokumen perjalanan sah, didaftarkan dengan Imigresen untuk diverifikasikan dan mendapatkan kelulusan kuota pekerja asing daripada Kementerian Sumber Manusia sebelum diluluskan Imigresen.

PATI dari 15 negara antaranya Thailand, Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka sahaja boleh mengikuti program itu yang diluluskan dan akan diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara lima sektor yang diluluskan di bawah pelan itu adalah sektor perladangan, pertanian, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Hamzah berkata, tindakan tegas itu dibuat susulan terdapat kilang yang diberikan kebenaran beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun didapati tidak mematuhi SOP malah melakukan banyak kesalahan seperti tiada dokumen.

"Cuba kita fikir, sudah 18 bulan kita menghadapi Covid-19, kenapa masih ada kilang yang sepanjang tempoh 18 bulan itu, masih tak daftarkan pekerja mereka untuk mempunyai dokumen yang sah,” katanya.

Katanya, ini kerana sikap majikan yang tidak bertanggungjawab dan enggan mengambil peduli soal pematuhan kendiri, sehingga menyukarkan usaha menangani Covid-19.

Malah, katanya, sikap demikian jugalah yang men- dorong lambakan mayat pekerja asing yang tidak dapat dituntut kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah.

“Ramai pekerja asing yang tiada dokumen, kemudian kena Covid-19 dan meninggal dunia, jadi tak tahu nak hantar ke mana. Macam mana kita nak hantar? Jadi, disimpan mayat itu. Siapa yang salah? Kerajaan juga yang dipersalahkan,” katanya.

Justeru beliau menyeru majikan mengambil serius perkara ini dan menggunakan sebaik mungkin program yang diumum kerajaan bagi memudahkan urusan dokumentasi pekerja asing, demi memastikan usaha semua pihak membebaskan negara dari pandemik dapat berjalan lancar.

 
Back
Top
Log in Register