BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 10,000 Warga PDRM Terima APC 2025 - KPN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,717
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,717
Reaction score
97
Points
80
c8dbb3ad91a3bff6aeeded17bf9e0a0669fa148f5259e

d8ca826aee4dfb215d1063ac2e2a4d2169fa14d25388a

065656d0434e46d81908c0902d156d3669fa14e8c782a

563dc9a31caccbcc75d9e78b38d79da769fa14fc24cbc

Kredit: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sebanyak 10,677 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, pengorbanan dan kesetiaan mereka.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata penerima terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah serta pegawai awam yang bertugas di pelbagai jabatan.

Beliau berkata kuota lapan peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk anugerah itu menjadikan saringan penerima amat kompetitif.

“Berdasarkan kuota itu, 1,090 pegawai kanan polis, 8,612 pegawai rendah polis dan 975 pegawai awam dipilih,” katanya pada Majlis APC 2025 PDRM di Bukit Aman hari ini.

Antara penerima Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Azman Abd Razak.

Mohd Khalid berkata kriteria pemilihan diperketat dengan markah prestasi minimum dinaikkan daripada 85 kepada 90 peratus.

Beliau berkata penilaian turut merangkumi disiplin, rekod kehadiran, tahap kesihatan termasuk Indeks Jisim Tubuh (BMI) serta penglibatan dalam aktiviti luar, selaras usaha memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi.

Katanya integriti kekal sebagai teras utama yang tidak boleh dikompromi dalam perkhidmatan dan kecemerlangan sebenar dinilai menerusi tahap kepuasan serta keyakinan masyarakat terhadap pasukan.

Mohd Khalid berkata setiap penerima memperoleh sijil APC dan insentif RM1,000 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

 
Back
Top
Log in Register