Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
SYDNEY 15 Sept. - Syarikat penerbangan Qantas hari ini mengumumkan penumpangnya akan menjadi yang pertama di dunia berpeluang melayari Internet menerusi perkhidmatan tanpa wayar menggunakan gajet tablet.
Percubaan program yang diberi nama Q Streaming tersebut akan dilaksanakan bermula hujung Oktober ini selama enam minggu menerusi satu daripada pesawat Boeing 767-300 bagi penerbangan domestik dan gajet tablet akan dibekalkan oleh Qantas.
Model tablet yang bakal digunakan dalam program tersebut bagaimanapun belum ditentukan dan produk Apple adalah antara yang akan dipertimbangkan.
"Penumpang turut boleh menggunakan gajet sendiri seperti komputer tablet, komputer riba atau telefon pintar selepas tempoh percubaan selesai.
"Kami amat berbesar hati untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia dalam menggunakan produk tanpa wayar ini," kata Pengurus Pelanggan Qantas, Alison Websterke.
Program tersebut akan diperluaskan untuk penerbangan antarabangsa sekiranya tempoh percubaan berjaya. - AFP