BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Layan ni kejap.....

DIPETIK DARI http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com
SEBAGAI PANDUAN

Jangan Takut Beramal Hanya Kerana Takut Riya


Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Shaitan

Shaitan menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.

Mereka membisikkan agar umat Islam jangan kemasjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan, nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.


TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA

Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.

Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.

Kata Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalah fardhu ain.

Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.

Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa pahala kita belum cukup untuk membawa kesyurga.

Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi kemasjid dan sebagainya.

Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya. Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.

Manakala pahala atau ganjaran solat dirumah hanya sebanyak 150 sebulan.

Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,

Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.


Jadi sebulan ada 150 kali haji.

Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.

Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.

Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.

Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?



Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya

Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.

Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?

Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.

Tetapi bila orang mengkritiknya atau mencacinya, ia tidak mau beramal.


Oleh itu orang yang takut beramal kerana takut dikata riya adalah orang riya yang sebenar-benarnya.

Ia hanya akan ke Masjid bila ada jemputan rasmi, kerana kawannya banyak di sana. Malu kalau tidak datang.

Ia juga hanya kemasjid bila ketuanya mengarahkannya, bila dicatit kedatangannya, kerana takut prestasi kerja diturunkan.

Ia juga hanya datang kemasjid bila ada jamuan dimasjid, bila ada kawannya juga hadir. Kerana mungkin ada cerita baru dimasjid dari kawan-kawan hari ini. Kalau kawannya itu tidak ada ia akan rasa malas sebenarnya.

Oleh itu sifat dan ciri-ciri seperti inilah sifat dan ciri-ciri orang munafiq. Wa iyadzu billahi minzalik.


Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa' Ayat 142 kira-kira bermaksud:


142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.


Marilah kita beramal sebaik-baiknya ikhlas kerana Allah swt. Walaupun amal kita itu tidak setinggi mana, kerana masih lagi mengharapkan ganjaran pahala, namun asalkan tidak riya, asalkan tidak sombong pada Allah swt, maka tidakkah ianya suatu anugerah yang tidak boleh diabaikan.




ske sgt bab niee..td bru aderr kwn ckp psl nie...nti blhlaa jelaskn pd dy..insyaallahh..tq
 
Silap faham ni...sbb tu awal2 wak sudah cakap, tak der niat nak takbur ke apa ke... susahlah mcm ni... . Buat apa nak riak dan takbur, wak tak kenal pun ko sapa... setakat kenal nick jer. Wak tak dpt apa pun kalau takbur dgn ko nih. Ni lah masalahnya bila bila kita nak berbaik dgn saudara sesama Islam. Tp wak tak marah lah sbb tu pendapat ko. Wak pun anak yatim dari kecik lagi... tak sempat pun nak bermanja dgn ayah wak. Sbb tu wak sayang sgt kat anak2 sbb wak tau mcm mana perasaan org yg tak der ayah dari kecik. Doa utk anak mmg tak bleh tinggal. Sbb Allah sudah tetapkan semua kita ni kedudukan disisiNya.

So, wak mintak maaf lah jika ada kata2 wak yg nampak mcm riak dan takbur tu yer.


Dalam Islam nie, ada Riak Haram, Riak Sunat dan Riak Wajib

Saidina Umar lepas masuk Islam masih mengamalkan sifat takabur, maka puak kafir x berani nak kaco Islam

tapi hang buat riak sunat, tunjuk cara mendidik anak kpd org lain :)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register