BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Layan ni kejap.....

Wak Kampit

Fun Poster
Messages
447
Joined
Oct 15, 2009
Messages
447
Reaction score
59
Points
20
DIPETIK DARI http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
SEBAGAI RENUNGAN UNTUK KITA.

Raja Dan Tiga Menteri Kabinetnya : Renungan Bersama

السلام على من اتبع الهدى


Suatu hari seorang raja telah memanggil tiga menterinya mengadap dan meminta mereka sesuatu yang aneh. Dia meminta ketiga-tiga menterinya itu agar masing-masing mengambil sebuah karung guni setiap seorang dan pergi ke taman istana dan mengisi karung tersebut untuk raja dari semua hal yang baik-baik, iaitu dari buah-buahan dan tanaman juga diminta. Dan diperintahkan juga untuk tidak mencari bantuan dari sesiapa pun dalam tugas ini dan tidak boleh menolong satu sama lain.

Menteri-menteri itu terasa aneh dengan permintaan raja itu dan setiap mereka mengambil setiap satu karung guni dan pergi ke kebun.

Adapun Menteri pertama, dia berpendapat perlu memberikan Raja semua buah-buahan yang terbaik dan memenuhi karung guni hasil tanaman terbaik dari buah-buahan tersebut.

Menteri kedua pula merasa yakin bahawa raja tidak mahu buah itu untuk dirinya dan bahawa ia tidak akan menyemak buah itu, maka ia pun mengisi karung guni dengan mengumpul buah dan mengabaikan pemeriksaan dan tidak memilih mana-mana buah yang baik untuk diisikan didalam karung guni sebagaimana yang telah disepakati.


Menteri ketiga tidak percaya bahawa Raja tertarik dengan isi karung guni itu lalu ia mengisinya dengan rumput dan daun.

Keesokan harinya, raja memerintahkan untuk dibawa kepadanya ketiga-tiga menterinya itu bersama tiga karung guni yang mereka isikan. Saat para menteri bertemu dengan Raja, Raja telah memerintahkan tenteranya untuk menangkap tiga menterinya itu dan memenjarakan mereka secara berasingan, masing-masing dikurung dengan karung guni mereka selama tiga bulan di penjara ditempat yang jauh dari orang dan tidak dapat dihubungi oleh sesiapapun dan tidak diberikan makan dan minum.

Menteri Pertama mendapat nikmat makan buah dari yang baik yang dikumpulnya hingga berakhir waktu tiga bulan.

Menteri kedua, tinggal dalam kesempitan semasa hidup tiga bulan di dalam penjara itu, kurang tenaga, kerana hanya bergantung kepada sebahagian sahaja buah yang baik yang dikumpulkannya.

Menteri ketiga pula, mati kebuluran berlaku sebelum bulan pertama.

(Saudara, menteri-menteri itu ialah ibarat manusia yang hidup di muka bumi, raja itu ialah ibarat Allah swt, tentera itu ialah ibarat malaikat, dan penjara itu ialah ibarat kubur kita nanti di alam barzakh)

Jadi tanyakan pada diri anda dari jenis apa pun anda. Anda sekarang di taman dunia, anda memiliki kebebasan dari raja untuk mengumpulkan pekerjaan baik atau pekerjaan yang buruk, tapi besok ketika diperintahkan Raja, agar kamu dipenjarakan, iaitu kamu mati, lalu dikuburkan. Di penjara yang gelap, sempit dan sendiri keseorangan, apakah yang anda yakini boleh menguntungkan anda selain dari hal-hal yang anda kumpulkan semasa hidup anda di dunia, dengan amalan kebajikan yang baik.

Saudara / saudari, kita berdiri sekarang dengan diri kita sendiri dan kita memutuskan apa yang akan kita lakukan besok di penjara kita.

Wassalam.
 
so, bawalah bekalan yang baik2.... dan carilah yang baik2 belaka..
 
Beribadah dan berbuat baik hanya kerana Allah.... bukan untuk manusia atau makhluk lain. Kita berbuat baik atau berbuat jahat, tidak akan langsung menjejaskan Allah. Segala kebaikan atau keburukan akan kembali kepada kita juga apabila sampai waktunyai nant. So, Allah bagi masa kita untuk MEMILIH,dan masanya SEKARANG..bukannya NANTI... ESOK...atau MINGGU DEPAN.

Wak masih lg konpius.... kenapa masih ramai org yg mengaku Islam..tp tak tutup aurat.... mengaku Islam, tp melalaikan solat..mengaku Islam, tapi menjadikan artis2 sebagai Idola... mengaku Islam tadi masih guna avatar2 yg menjolok mata... yg ni yg simple lah kan... kalau melibatkan yg rumit sedikit,yg membelit diri kita mcm riba'... televisyen.... lg susah mahu buang. Paling tidak pun,tunjukkanlah kita benar2 nak kan Islam, buat dulu setakat mana yg dlm kuasa kita. Wak sendiri pun banyak yg perlu nak kena ubah..kadang2 mcm sudah sebati dlm diri...
 
Kita berbuat baik atau berbuat jahat, tidak akan langsung menjejaskan Allah. Segala kebaikan atau keburukan akan kembali kepada kita juga apabila sampai waktunyai nant.

Kalau org lain iaitu buat jahat tapi berpunca dari kesalahan kita (yg baik). spt cth anak perempuan yg dah cukup umur tapi tak dikahwinkan pastu bersekudukan dan melahirkan anak, pastu anak itu dibuang dlm tong sampah

Adakah dosa kembali kepada kita?
 
Kalau org lain iaitu buat jahat tapi berpunca dari kesalahan kita (yg baik). spt cth anak perempuan yg dah cukup umur tapi tak dikahwinkan pastu bersekudukan dan melahirkan anak, pastu anak itu dibuang dlm tong sampah

Adakah dosa kembali kepada kita?

Wallahualam.... . tp utk kes buang2 bayi ni... mmg punca bermula dari dlm rumah jugak.... emak ayah jugak... 'aura' emak dan ayah yg akan mempengaruhi anak. Kadang2 emak dan ayah tak boleh nak berkongsi perasaan anak2. Bukan setakat tu..kadang antara emak dan ayah sendiri tak boleh nak berkongsi perasaan mereka. Sepatutnya 'TIADA RAHSIA ANTARA KITA'... sama jugak dengan anak2...'TIADA RAHSIA ANTARA KITA DAN ANAK2'.... Wak selalu pesan kat anak2, sentiasa bercakap benar walaupun buat salah dan tahu akan kena hukum. Sbb hukumannya akan ringan sikit..:D kalau bohong, lagi teruk kena hukumannya. Budak2 akan start pandai berbohong bila dia tahu yg dia akan terlepas apabila berbohong. Dia test sekali dan berjaya, maknanya lepas ni mmg dia akan berbohong lg. Sbb tu lah..kalau anak2 buat salah, check sampai ke akar umbi. Ajar dia bg dia faham. Jgn anak kata A...kita pun A jer lah...
 
Hari2 mahu buat... kalau mahu ke surau utk solat..jgn lupa cakap kat bini.... "sayang a.k.a isteri @ bolehlah nak panggil apa pun... abang nak pi surau ni,solat". Cakap kuat2 sikit, bg anak2 dengar.... .Sebab, sampai satu masa,time kita lalai sikit... dengar jer azan, anak2 akan cakap.."abah, org sudah azan tu,pergilah surau..". Time tu kita akan perasan, hikmah disebalik perbuatan/perlakuan kita dlm rumah. Sampai masa, anak akan cakap..."abah, nak ikut...". Dan seterusnya..sama jugak macam mengaji al-Quran. Tak payah lah nak sorok dlm bilik utk baca al-Quran, bacalah kat area yg anak2 kita lepak. Mungkin sekali sekala kalau nak khusyuk betul2, bolehlah sembunyi dlm bilik. Tapi biasanya telingan anak kita dengar kita baca al-Quran,banyak hikmahnya.
 
Hari2 mahu buat... kalau mahu ke surau utk solat..jgn lupa cakap kat bini.... "sayang a.k.a isteri @ bolehlah nak panggil apa pun... abang nak pi surau ni,solat". Cakap kuat2 sikit, bg anak2 dengar.... .Sebab, sampai satu masa,time kita lalai sikit... dengar jer azan, anak2 akan cakap.."abah, org sudah azan tu,pergilah surau..". Time tu kita akan perasan, hikmah disebalik perbuatan/perlakuan kita dlm rumah. Sampai masa, anak akan cakap..."abah, nak ikut...". Dan seterusnya..sama jugak macam mengaji al-Quran. Tak payah lah nak sorok dlm bilik utk baca al-Quran, bacalah kat area yg anak2 kita lepak. Mungkin sekali sekala kalau nak khusyuk betul2, bolehlah sembunyi dlm bilik. Tapi biasanya telingan anak kita dengar kita baca al-Quran,banyak hikmahnya.

Salam.
syahdu nye bila sy bace...tp kalu kita bace kat ruang tamu, anak yg masuk bilik camne ye??
 
Salam.
syahdu nye bila sy bace...tp kalu kita bace kat ruang tamu, anak yg masuk bilik camne ye??

Baca jer hari2.... mmg lah kalau sapa2 yg ada anak remaja tu,susah sikit. Tp jgn putus asa. Hidayah Allah tak kenal sesiapa. Dulu selalu pesan kat isteri, kalau orang azan, bagitau. Kalau tertidur tolong kejutkan. Skrg sudah tak payah pesan, kalau kita tertidur jer... mmg automatik dia akan kejut. Yg tak syoknya..dia kejut kita solat subuh, kita siap2 nak pergi solat...dia pi bantai tidur semula... Nak buat mcm mana..sayang isteri..tak kejutkanlah..biasanya nanti kita balik subuh dia sudah solat pun. Cumanya tak nak lah didik isteri secara keras2 sgt..tak mcm anak2. Lama2 dia akan berubah jugak ikut perlakuan kita. Wak rasa korang pun sama kan?? Kita ni hidup berkeluarga kadang2 kena berkongsi jugak cerita2 sbg panduan sesama kita. Al-maklumlah..akhir zaman ni..pengaruh Dajjal kuat sgt. Kita rasa mcm betul doh perlakuan kita,rupa2nya kena tipu kat pak Dajjal. Mintak jauhlah. SAYANGILAH ANAK ANDA DGN CARA YG BETUL, KERANA MEREKA BAKAL MENJADI GENERASI YG AKAN DATANG...GENERASI YG SEMEMANGNYA SUSAH SEMAKIN PARAH... .

Berkongsi cerita bukannya bermakna kita ni nak RIAK... jauh sekali di sudut hati wak. Tp biar kita sama2 ambik pengiktibaran. Banyak ni yg nak kena perbetulkan. Katanya nak berjuang disisi al-Mahdi..mcm mana nak berjuang kalau kehidupan kita mcm ni.
 
DIPETIK DARI http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com
SEBAGAI PANDUAN

Jangan Takut Beramal Hanya Kerana Takut Riya


Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Shaitan

Shaitan menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.

Mereka membisikkan agar umat Islam jangan kemasjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan, nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.


TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA

Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.

Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.

Kata Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalah fardhu ain.

Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.

Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa pahala kita belum cukup untuk membawa kesyurga.

Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi kemasjid dan sebagainya.

Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya. Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.

Manakala pahala atau ganjaran solat dirumah hanya sebanyak 150 sebulan.

Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,

Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.


Jadi sebulan ada 150 kali haji.

Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.

Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.

Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.

Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?



Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya

Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.

Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?

Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.

Tetapi bila orang mengkritiknya atau mencacinya, ia tidak mau beramal.


Oleh itu orang yang takut beramal kerana takut dikata riya adalah orang riya yang sebenar-benarnya.

Ia hanya akan ke Masjid bila ada jemputan rasmi, kerana kawannya banyak di sana. Malu kalau tidak datang.

Ia juga hanya kemasjid bila ketuanya mengarahkannya, bila dicatit kedatangannya, kerana takut prestasi kerja diturunkan.

Ia juga hanya datang kemasjid bila ada jamuan dimasjid, bila ada kawannya juga hadir. Kerana mungkin ada cerita baru dimasjid dari kawan-kawan hari ini. Kalau kawannya itu tidak ada ia akan rasa malas sebenarnya.

Oleh itu sifat dan ciri-ciri seperti inilah sifat dan ciri-ciri orang munafiq. Wa iyadzu billahi minzalik.


Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa' Ayat 142 kira-kira bermaksud:


142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.


Marilah kita beramal sebaik-baiknya ikhlas kerana Allah swt. Walaupun amal kita itu tidak setinggi mana, kerana masih lagi mengharapkan ganjaran pahala, namun asalkan tidak riya, asalkan tidak sombong pada Allah swt, maka tidakkah ianya suatu anugerah yang tidak boleh diabaikan.
 
Back
Top
Log in Register