BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawak Suami Isteri

alsar

Active+ Member
Messages
2,707
Joined
Aug 18, 2009
Messages
2,707
Reaction score
228
Points
38
Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Bogel

Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering…ring ..ring..ring….Maka
si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata ” Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi..”

Kitty menjawap ” tidak apa, biasalah tu..apa u mahu”

Robert terus dengan ghairahnya menjawap ” Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???”

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..

“WOW” Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

“kenapa tidak” balas Kitty “itu ganjaran yang amat lumayan” dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.

Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda kepuasa yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan ‘menembak’.

apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya ” Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?”

“Jiran kita, Si Robert” Jawap Kitty

“Robert??” Tanya Suaminya “Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??”

Tersalah rendam…

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja…?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan…?

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok…
 
Last edited:
huhu...terpakse tukar maa...gambar dlm email...biler sign out gambar xleh tgok...huhu...nnt lah...tgu upload lu :D
 
Suami Hebat!

Suami Hebat!

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”

Amat: “Ya betul…”

Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

Pian: “@#$!%^&%”

Surat untuk kekasih…(putus cinta)

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya….hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……

Tijah

Izin Kentut

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengijinkan saya kentut di sini”

Loceng misteri

Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.

Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yg ditugaskan untuk menolong keluarga miskin
seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi loceng kecik.

“Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar” jelas Tajudin.

“Ah?????? dapat duit 1 juta???….klakkar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?” Majid bersuara.

“Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu….tapi….di saat awak bunyikkan loceng itu, seseorang yg awak tidak kenali akan mati” sambung Tajudin lalu beredar dari situ.

Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikkan loceng didlm kotak itu.

“Awak nie kan…..percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?”

“Lah abg nie….cuba sajalah, mana tahu apa yg dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang” balas Salmah.

“Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini….abih nanti ada org yg akan mati tau…tak ker kita nie jadi pembunuh?”

“Alah abg nieee, hari hari ada org matilah…lagi pun kan encik Tajudin tu cakap org yg akan mati ialah seseorang yg kita tidak kenali……alahhhh bunyikan je lah”

Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper aper yg berlaku.

“Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu je…sudahlah….buat buang masa aku je…” keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.

Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.

“Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini” sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.

Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yg mereka benar-benar mendapat wang 1 juta dollar itu. bukan main hepi lagi dia orang nie.

“Boleh saya ambil semula kotak yg saya berikan semalam?” Tajudin bersuara.

“Oh boleh-boleh heheh” balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu, “Betul kee ada org yg mati bila kami bunyikan loceng ini?”

“Ya betul, org tu dah pun mati……tapi jgn bimbang org yg mati itu adalah seorang yg TIDAK ANDA KENALI” jawab Tajudin

“Apa yg anda ingin buat dgn kotak ini?” tanya Majid lagi.

“Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yg susah dan saya akan berikan syarat yg sama juga seperti saya berikan pada anda.” jawab Tajudin.

“Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yg encik Tajudin ingin berikan?” tanya Salmah

“Oh jgn bimbang. saya akan berikan pada seseorang YG TIDAK ANDA KENALI” jawab Tajudin lalu beredar dari situ.
 
Last edited:
Siapakah Ayahnyer?

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan nye yang ke-50. Mereka dikurniakan anak seramai 8 org..28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut..si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya…

Suami: Sayang…ada satu hal yang ingin ku tanyakan kepada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa jadi pertanyaan ini tidak pernah ku lontarkan…Tapi malam ini malam istimewa ..jadi ada baik nya aku tanyakan sekarang….

Isteri: Ape sayang…tanya sahaja..mengapa tidak selesa?

Suami: Begini ..anak kita yang no-4 tidak mirip dengan adik beradik yang lain..Adakah Ayah nya berbeza?

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu…lalu perlahan menundukkan kepala tidak sanggup melihat suaminya itu..Dengan perlahan si isteri menjawab..

Isteri: Ya….Ayah nya berbeza..

Hening seketika…mata si suami sudah bergenang dengan air mata..tapi di tahan sebak di dada…lalu dia pun berkata perlahan…

Suami:Erm…ohh..begitu….Kalau begitu..boleh kah aku tahu siapakah Ayahnya….???

Hening lagi suasana…Si isteri lama mendiamkan diri lalu di tabah kan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.

Isteri: Ayah nya…ialah….Kamu..
 
Budak Dalam Ni….

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut.

Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu be rkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ….
 
Ini gambar siapa?

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; “Darling! ada mancis tak?”. Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? “Bukan” jawab si wanita tu. “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”, “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi. “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.
 
Lawak siot, xtahan aku ketawa...

hahaha...saya baca xlawak pun...perli eh...hehe...sebenarnye bukan nak post yg ni td...huhu...nk post gmbr...tp xleh...huhu:(
 
Back
Top
Log in Register