BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,156.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Latihan 1 Malaysia

strash_x

Active Member
Messages
2,000
Joined
Feb 14, 2006
Messages
2,000
Reaction score
4
Points
25
Assalamualaikum,

Saya ingin memperkenalkan Latihan 1 Malaysia yang di anjurkan oleh GIATMARA Malaysia khasnya di GIATMARA Kuala Lumpur :D

Banner.jpg


Di GIATMARA Kuala Lumpur menjalankan kursus latihan 1 Malaysia seperti:

1. Dokumen Pejabat (Microsoft Word, Excel dan Power Point)
2. Membina Laman Web (Asas Dreamweaver, Photoshop dan Blog)
3. Rangkaian Setempat (Konfigurasi N-User Router, Access Point dan UTP cable)
4. Fotografi

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.


KUMPULAN SASAR
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:

1. Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
2. Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
3. Pekerja Industri / Kilang
4. Pesara
5. Komuniti Setempat
6. Lain-lain yang bersesuaian


SISTEM LATIHAN

1. Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
2. Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
3. Sistem Modular
4. 80% Amali & 20% Teori
5. Open entry / exit


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia
2. Tidak Uzur
3. Umur 15 tahun ke atas
4. Minat dalam bidang yang dipohon
5. Lain-lain perkara yang menyokong permohonan


CAJ/YURAN

PERCUMA :o

JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN

1. Berdasarkan modul yang digunakan
2. Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
a. Kelas Malam
b. Cuti / Hujung Minggu
Kebiasaanya di adakan pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad

Cara permohonan:
1. boleh download borang http://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B6qMF9mmdlvHZTYyNzk4ZDctN2Q1OS00ZTJjLThiOTktMjkxYTc3OTU0MGFj&hl=en
2. Datang ke GIATMARA Kuala Lumpur, isi borang dan terus hantar ke GIATMARA tersebut.

Iklan kursus lain boleh tgk di sini http://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B6qMF9mmdlvHMmFiMDA1YzAtOGIzNC00MDYyLWI3ODUtNDQ2MzdmMDI2MDE0&hl=en

Sebarang pertanyaan boleh call GIATMARA Kuala Lumpur di talian 0342665241 (waktu pejabat)

Sekian Terima Kasih
 
Maaf bro, kursus ni separuh masa. so takde Elaun diberikan~
 
Back
Top
Log in Register