BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lari selamatkan diri kereta terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kereta Perodua Kembara rentung terbakar di Kilometer 145 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kelmarin.
< 1 / 1 >
LEDANG – Lima sekeluarga terselamat apabila kereta dinaiki terbakar di kilometer 149 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kelmarin.

Kejadian jam 11 malam itu dipercayai berlaku semasa kereta pacuan empat roda Perodua Kembara dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Musa Kasbollah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.09 malam dan mengerahkan satu jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kami dapati kenderaan tersebut sudah terbakar 100 peratus.

“Bomba berjaya padam api sepenuhnya dalam masa 10 minit dan operasi tamat jam 11.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang mengetuai operasi berkenaan dimaklumkan pemandu kereta terbabit, Farook Anuar, 51, bahawa kereta itu yang dipandu laju di laluan kanan lebuhraya telah mengeluarkan asap daripada bahagian enjin.

“Pemandu itu segera bertindak memberhentikan kereta dan lari menyelamatkan diri di tepi lebuhraya berkenaan.

“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa kerana api yang keluar daripada bahagian enjin marak terlalu cepat sebelum merebak membakar keseluruhan kenderaan tersebut,” katanya.

Musa berkata, lima mangsa terbabit iaitu satu lelaki dan empat perempuan tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi masih trauma dengan kejadian tersebut.

Katanya, mujur tiada serpihan kebakaran terkena pada kenderaan lain yang melalui lebuhraya berkenaan semasa kejadian.

Bagaimanapun Musa berkata, pihaknya masih lagi siasat punca sebenar kejadian berkenaan.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/lari-selamatkan-diri-kereta-terbakar-1.277075
 
kalau jadi macam ni boleh claim insurans tak..:-?
 
total lost.. mmg x boleh buat apa..
 
sekarang musim panas melampau. mungkin punca dari overheat atau electrical electronic. silap sikit macam ni la jadi. kereta tersadai kes overheat banyak skrg seminggu dua ni
 
Back
Top
Log in Register