BTC USD 83,180.7 Gold USD 4,143.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lari dari program, 10 ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Semua remaja terlibat ditahan untuk pemeriksaan.

​

KULIM - Guru yang terlibat dalam aktiviti pelajar di luar sekolah seharusnya mengambil serius mengenai disiplin mereka sepanjang program dijalankan kerana sikap lepas pandang dalam kalangan peserta akan mengakibatkan mereka terlibat dalam pelbagai masalah.

Perkara ini berlaku apabila polis menerima maklumat kira-kira 20 pelajar berkumpul di sebuah taman perumahan kira-kira jam 2 pagi.

Menyedari kehadiran polis ada di antara mereka melarikan diri dengan motosikal dan menyerok di kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kawalan ketat ketika program dijalankan seharusnya diutamakan supaya peserta terlibat tidak berpelesiran dan mengganggu penduduk dengan perlakuan mencurigakan.

“Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim yang membuat rondaan ternampak kumpulan ini berkumpul sebelum membuat serbuan.

“Seramai 10 dari mereka berjaya ditahan ketika menyorok di kawasan kumbahan najis yang terletak di belakang rumah,” katanya.

Mereka yang ditahan berusia 14 hingga 16 tahun dan terdapat beberapa pelajar ditahan pernah dikenakan tindakan saman kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

Untuk memastikan permasalahan itu tidak berulang, polis menghubungi pihak penaja program disertai mereka untuk tindakan lanjut.

Ghuzlan berkata, sehingga kini golongan remaja berusia 14 hingga 18 tahun paling banyak terlibat dalam kegiatan jenayah, selain perlumbaan haram di daerah ini.
 
Back
Top
Log in Register