BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan minum arak (khamar)

Nazzrie

Active Member
Messages
2,356
Joined
Aug 14, 2007
Messages
2,356
Reaction score
19
Points
25
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati." masruq berkata: "Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."

Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak. Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram." Dilain riwayat dikatakan: "Yang memabukkan jika diminum satu botol, maka seteguk juga haram."

Abul Laits berkata: "Peminum khamar yang dimasak (tuak) itu lebih besar dosanya daripada yang minum khamar yang tidak dimasak sebab peminum tuak itu merasa bahawa itu haram tetapi yang minum khamar yang dimasak itu adakalanya ia merasa bahawa itu sudah halal sehingga dapat menyebabkan kekafirannya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dari khamar sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."

Adhdhahhaah berkata: "Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk." Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:
*Orang bakhil (kedekut)
*Orang yang mengungkit pemberiannya
*Orang yang tetap minum khamar
*Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya

Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
*Yang memerah
*Yang minta diperah
*Yang minum
*Yang memberi minum
*Yang membawa
*Yang menghantar
*Yang membekal
*Yang menjual
*Yang membeli
*Yang menyimpan


Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."

Athaa' bin Yasaar berkata: "Ada orang tanya kepada Ka'bul ahbar: "Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?" Jawabnya: "Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru. itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar." Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi."

Abul Laits berkata: "Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:

* Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: "Saya melihat orang mabuk dijalan di Baghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj'alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: "Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan."
* Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal."
* Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innama yuridus syaithanu an yuqi'a bainakumul adawata walbagh dhaa'a filkhamri walmaisir." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi."
* Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun." (Yang bermaksud): "Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?" Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): "Intahainaa ya Robbi." (Yang bermaksud): "Kami hentikan ya Tuhan."
* Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar
* Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat
* Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan ke majlis fasiq dan adanya bau busuk
* Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari neraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan
* Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari
* Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.

Ini semua seksaan dunia sebelum seksaan akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.

.....Sebagai renungan dan peringatan di bulan Ramadhan.....
 
Setiap yg memabukkan itu khamar...
Jadi, adakah dadah, termasuk yg jenis moden skrg ni, ecstacy, ice, pil kuda, dll, tergolong dlm kategori khamar juga?
 
Setiap yg memabukkan itu khamar...
Jadi, adakah dadah, termasuk yg jenis moden skrg ni, ecstacy, ice, pil kuda, dll, tergolong dlm kategori khamar juga?

Hukum dan larangan pengambilan dadah jelas haram berdasarkan dalil yang diqiaskan daripada arak. Al-Quran banyak menyebut pengharaman arak dan dalil itu berdasarkan keterangan nas al-Quran serta hadis iaitu dadah membawa kebinasaan.

Firman Allah bermaksud: “Dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195)
 
Back
Top
Log in Register