BTC USD 82,920.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

--larangan meniup dalam minuman--

ultrajenglot

Fun Poster
Messages
804
Joined
Feb 17, 2009
Messages
804
Reaction score
35
Points
20
Dari Abu Sa'id Al Khudri, sesungguhnya Nabi SAW melarang meniup ketika minum. Seorang lelaki berkata" aku melihat kotoran di dalam minumanku". Nabi SAW bersabda " keluarkan kotoran itu ". Lelaki itu berkata " sesungguhnya aku tidak puas minum dengan satu nafas". Nabi SAW bersabda "jika begitu jauhkanlah tempat minuma itu dari mulutmu". hasan sahih.

Masalah : meniup dalam minuman itu sebab apa ditegah syarak?

sebab pun ditegah syarak meniup minuman itu kerana membusukkan bau air itu dengan bau mulut, istimewa kalau lepas makan umpama bawang dan barang yg keras baunya (e.g:petai). Maka menjadikan orang yang kemudian mau minum air lebihannya atau gelasnya jijik dan benci mau meminumnya.
ataupun air itu jadi memudharatkan meminumnya.Di dalam ilmu perubatan angin nafas yg keluar dari dalam perut itu mengeluarkan kotor2 pada darah jantung itulah yang ditiupkan ke atas minuman atau makanan itu. Dengan kerana itu ditegah syarak meniup minuman itu.

Masalah : meniup sampah di atas minuman supaya terbang itulah yg ditegah syara'

maka jikalau sekiranya ada di atas air dalam gelas atau seumpamanya itu janganlah ditiup bahkan buat seperti ajaran Nabi SAW iaitu sengetkan sedikit bekas itu sekira2 berjalan sampah atau debu itu mengalir sama2 air maka demikian itulah diperbuat.

Masalah : minum dengan bernafas di dalam bekas minum itu ditegah syara'

Seperti seorang minum dalam satu gelas, di dalam ia minum itu tidak habis air segelas itu dengan satu nafas maka dilepaskan nafasnya di dalam gelas itu serta dihubungkan nafasnya didalam lalu minum pada masa yang sama maka yang demikian itu ditegah syara'.

Maka jikalau sekiranya tak habis air itu dengan satu nafas buatlah seperti ajaran Nabi SAW iaitu jangan bernafas didalam bekas itu bahkan simpangkanlah bekas minum itu dari mulut kamu ke kanan atau ke kiri dan mengambil nafas kamu kemudian minumlah sebagai yg cukup untuk kamu.

kata Abu Isa At Tirmizi hadis ini Hasan lg Sahih.

DIPETIK DARI KITAB BAHRUL MAZI JILID 7:)cgrock



Semoga dapat manfaat:)
 
info menarik ... selalu tiup minum teh tarik :))
 
kalau air tu kite sendiri minum, mcmne
 
klo air panas nk tiup kasi suam ckit cmne eh,,kdang ade hirup pake sudu n tiup kt sudu,,cth nk kasi baby mnum ke pe lg2 kt kdai mkn..hmm
 
Penah dengar atau baca kat mane2. Kalau tiup dalam air maknanya kita menghembus carbon dioksida dalam air tu. So tak elok la.

Kan kita bernafas menyedut oksigen n melepaskan karbon dioksida..
 
kalau ustaz yang mengubat pesakit baca Al quran dan tiup kat air pastu bagi pesakit minum tu mcm mana?
 
dlm hadis tak cerita air panas....
 
same je air pns pon..
tiup pown xbley jugak..
kalu panas,tnggu la smpai sejukk.
hahahah
 
Back
Top
Log in Register