BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larang Guna Bahasa Arab

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
image.jpg

Lebih 50 undang-undang diskriminasi telah dikenakan ke atas penduduk Palestin.



TEL AVIV - Tindakan Israel melarang pengumuman dalam bahasa Arab dalam perkhidmatan bas awam di Beersheba di Negev telah mencetuskan kritikan penduduk Palestin di wilayah itu, kelmarin.

Kecaman itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan Israel mengarahkan syarikat bas, Dan, supaya tidak lagi membuat pengumuman dalam bahasa Arab kononnya menerima aduan daripada penduduk Yahudi di bandar terbabit.

Sebelum ini, syarikat bas tersebut telah membuat pengumuman dalam bahasa Hebrew dan Arab yang merupakan bahasa rasmi di wilayah itu.

Ahli Knesset mewakili komuniti Arab, Yousef Jabareen menyifatkan langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menggambarkan bahasa Arab sebagai bahasa musuh.

"Ia menjadi tanggungjawab syarikat pengangkutan tersebut untuk menghormati bahasa Arab dan menggunakannya di semua tempat termasuk bas serta kereta api.

"Tindakan melarang penggunaannya jelas mencerminkan iklim perkauman dan mewujudkan suasana hasutan di wilayah ini," katanya yang merujuk kepada rang undang-undang yang melarang laungan azan menggunakan pembesar suara yang disokong Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, awal bulan lalu. - al-Jazeera
 
tak serik lagi ke orang yahudi ni.. baru je kena timpa bala..
 
Dah padam plk apinya.. Bila lah nak marak lagi semula
 
Mula2 larang laung azan, kemudian larang bahasa arab, lepas ni apa pulak?

Ini diskriminasi yg paling melampau
 
tak serik lagi ke orang yahudi ni.. baru je kena timpa bala..

ada teori mengatakan kebakaran sengaja dibuat macam 2010.
sebab nak buka perumahan & penempatan haram yg jauh lebih besar.

9/11 pun saje jer depa buat, apatah lg setakat kebakaran cam tu..:-?
 
Masih terbakar lagi ker
 
Back
Top
Log in Register