BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapor polis terima duit palsu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
YAN - Seorang peniaga hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini setelah mengsyaki menerima duit palsu daripada seorang remaja lelaki yang membeli burger di gerainya semalam.

Azhar Ahmad, 36, dari Kampung Titi Raga berkata, remaja itu membayar dengan wang RM50 bagi enam burger yang dibelinya.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 10 malam dan waktu itu terdapat ramai pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan burger masing-masing menyebabkan beliau tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap status duit itu.

"Budak lelaki tersebut datang dengan sebuah kereta. Dia yang pandu bersama seorang kawan, dan dia telah memesan sebanyak enam biji burger berharga RM11.

“Setelah siap dia bagi duit tersebut, pada masa dia bagi duit, saya dapat rasa lain macam sahaja apabila pegang duit itu, tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa sebab masa itu pelanggan ramai, sibuk siapkan pesanan semua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azhar berkata, beliau menyedari bahawa duit itu disyaki duit palsu selepas 20 minit kemudian, setelah selesai memenuhi pesanan semua pelanggan yang datang pada malam tersebut. - Bernama

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
 
Rasa cam budak tu print sendiri aje duit tu..
 
adehhh.xde rezeki..xpela...
 
6 biji burger dan wang baki RM39 lesap ditelan kutu.
 
Ha ha.. itu la kelemahan matawang kertas.
Kalo cetak di kilang... ada nilai.
kalo cetak di rumah... tadak nilai.
Dah memang kertas tu tak ada nilai pun.
 
dulu duit syiling RM1, ramai terkena dgn aku pun terkena.
 
dulu duit syiling RM1, ramai terkena dgn aku pun terkena.

ak mule2 tau psl ni kt genting..ad cina tu offer mbe ak cina gak duit syiling tu rm90 utk 100kpg..tp die xamikla..i xmain itu slot machine :))
 
dulu duit syiling RM1, ramai terkena dgn aku pun terkena.

Aku pun terkena juga. Macam mana dapat tau; semasa masuk duit tu dalam vending machine Coca-Cola. Duit tu tak mau lekat. Design permukaan syiling tu pun berbeza dgn syiling tulen.
Tapi lps tu pi beli kuih makcik kantin terima aje..:D
 
10malam..mungkin budak tu ingat xberapa nak nampak la klu palsu pun..
 
Back
Top
Log in Register