BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lanun Somalia mengganas lagi

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
Lanun Somalia tawan kapal tangki Jerman


NAIROBI (Kenya): Lanun Somalia dilaporkan menawan sebuah kapal tangki Jerman yang dipenuhi gas cecair petroleum dengan 13 anak kapal, di Tanjung Afrika, awal pagi semalam.


Bagaimanapun, semua 13 krew berkenaan selamat meskipun berlaku tembak menembak ketika lanun menceroboh kapal berkenaan.


MV Longchamp adalah kapal ketika yang dirampas lanun di Teluk Aden sepanjang bulan ini.


Kapal tangki yang didaftarkan di Bahamas itu dikendalikan syarikat Jerman - Bernhard Schulte Shipmanagement.


Ketika kejadian, kumpulan lanun berkenaan dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang yang bersenjata.


Jurucakap syarikat, Andre Delau berkata, kapten kapal dibenar menghubungi pihaknya dan mengesahkan semua anak kapal terdiri 12 rakyat Filipina dan seorang Indonesia, selamat.


Setakat ini, pihak perampas belum lagi memgemukan sebarang tuntutan.


Jurucakap tentera Batalion ke-5 AS di Bahraih, Lt Nathan Christensen, berkata, kapal itu dirampas di perairan selatan Yaman, kira-kira 95 kilometer dari bandar al-Mukalla, ibu negeri Hadramaut. - AP
 
jahat sungguh! ade lagi lanun2 ni..agak2 dorang pakai cam jack sparow tu tak?
 
hurmm curi minyak ke? agak2 naik balik tak harga minyak?
ke diorang ambil balik minyak ygdicuri dari negara diorang?
 
jahat sungguh! ade lagi lanun2 ni..agak2 dorang pakai cam jack sparow tu tak?

Tak.... sekarang guna baju Quicksilver dan Billabong sahaja...:)paid
 
diorg semua jadi CGLS..sebb boleh jadi halimunan..betul x tuan GT..sebab diorg jd lanun n seng2 jek rampas kapal:eek::eek::)):))
 
Last edited:
Kawan Nurin keje kat MSC ..salah satu kapal Malaysia kene rompak dulu..he told me..dieorang pun puasa tau:p

cam tu ke?
terkejut juga baca post nurin..
nurin edit skit..taip lanun somalia ni islam..
kang ada plak tersalah faham plak..
 
Back
Top
Log in Register