MHaffiezMNazri
Super Active Member

- Messages
- 5,494
- Joined
- Jul 23, 2012
- Messages
- 5,494
- Reaction score
- 1,168
- Points
- 171
Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
POLIS Melaka memburu seorang lelaki yang memperdaya empat kedai berkaitan urusan pembelian langsir hingga menyebabkan kerugian RM1,470.
Lelaki dipercayai warga tempatan berusia 40-an itu aktif memperdaya juruwang ketika ketiadaan pemilik kedai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superintendan Baderulhisham Baharudin berkata, keempat-empat kes di sekitar daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah itu berlaku sepanjang bulan ini dan kes terbaru dilaporkan berlaku semalam.
"Suspek tidak mengira kedai apa untuk dijadikan mangsa kerana berdasarkan empat kes setakat ini, mangsanya kedai menjual barangan kosmetik, kedai runcit dan kedai menjual pakaian.
"Kerugian dilaporkan bukan dalam skala besar tapi kita bimbang kes ini bertambah," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, suspek menyasar kedai di kawasan terpencil sebagai mangsa.
Menurut Baderulhisham, modus operandi digunakan adalah menyamar sebagai jurujual langsir.
"Suspek akan mendekati jurujual mengatakan pemilik premis ada menempah langsir daripadanya. Selepas itu, suspek meminta nombor telefon pemilik kedai dan berpura-pura menghubungi pemilik kedai, di hadapan jurujual terbabit, sebelum memberitahu pemilik kedai mengarahkan sejumlah wang kepadanya," kata Baderulhisham.
Beliau berkata, kes terbaharu berlaku di Alor Gajah, kelmarin membabitkan kerugian RM500.
Baderulhisham berkata, jurujual perlu lebih berhati-hati dengan menghubungi serta bertanyakan sendiri kepada pemilik premis sebelum menyerahkan wang tunai kepada orang lain.
Menurut Baderulhisham, suspek dipercayai menggunakan motosikal untuk bergerak.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, difahamkan setakat ini, tiga kes dicatatkan di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah dan polis mula menjalankan siasatan selepas mengesan video berdurasi 34 saat yang menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp pada 19 Oktober lalu.
Berdasarkan rakaman video terbabit, pekerja kedai kosmetik didatangi individu tidak dikenali menyatakan majikan ada membuat tempahan kain langsir, sebelum meminta nombor telefon majikan daripada pekerja kedai terbabit kononnya mahu berurusan terus dengan majikan.
Selepas itu, suspek mendakwa sudah mendapatkan persetujuan majikan dan memberitahu pekerja terbabit untuk menyerahkan sejumlah wang.
Bagaimanapun pekerja terbabit hanya menghubungi majikannya selepas suspek beredar.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 1:37 PM