BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Beroperasi Semula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
b27fc21052e4191ec927411e01b09dc06953cb4aefb3a

fb Malaysia Airports

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dibuka semula pada 7.30 malam ini selepas pemeriksaan keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) memaklumkan menerusi Facebook operasi penerbangan di lapangan terbang itu diteruskan semula dan kini berjalan seperti biasa.

“Penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat terkini penerbangan," menurut MAHB.

Terdahulu, operasi di lapangan terbang berkenaan dihentikan sementara berikutan isu keselamatan berkaitan landasan.

Pemeriksaan dan penilaian oleh pihak berkuasa penerbangan dilakukan sebelum kebenaran untuk pembukaan semula diberikan.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim merupakan gerbang udara utama ke Kedah dan Perlis yang mengendalikan penerbangan komersial domestik serta operasi penerbangan ketenteraan.

 
Back
Top
Log in Register