combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,386
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,386
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lambakan Data, Ai Kini Cabaran Utama Sistem Statistik Negara - DOSM
Siti Asiah Ahmad
Lambakan data yang tidak disahkan di media sosial dan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) kini menjadi antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam memastikan kredibiliti statistik rasmi negara terus terpelihara.
Ketua Perangkawan Siti Asiah Ahmad berkata kedua-dua cabaran itu menuntut DOSM bergerak lebih tangkas dan fleksibel dalam menghadapi perubahan teknologi yang pantas.
“Lambakan angka di platform digital membimbangkan kerana masyarakat semakin mudah mempercayai data tanpa menyemak sumber, kesahihan dan konteksnya.
“Hari ini sesiapa sahaja boleh mengeluarkan angka dan masyarakat boleh mempercayainya tanpa mengetahui sumber serta kesahihannya,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata keadaan itu menjadi lebih serius apabila terdapat pihak yang menggunakan angka tertentu dan mendakwa ia bersumberkan DOSM, sedangkan data berkenaan bukan terbitan jabatan itu.
Justeru, Siti Asiah berkata DOSM akan terus memberikan penjelasan dan literasi melalui pelbagai medium termasuk melalui media berkaitan bagi penyebaran maklumat yang tepat dan tidak disalah tafsir.
Mengenai perkembangan AI, beliau berkata teknologi itu dilihat berpotensi mengubah landskap pekerjaan termasuk dalam bidang statistik dan analitik data, namun pada masa sama mampu membantu DOSM menghasilkan statistik dengan lebih pantas dan terperinci.
Siti Asiah berkata penggunaan AI perlu disokong dengan pengetahuan dan kepakaran statistik yang kukuh supaya setiap maklumat dapat dinilai dan disahkan sebelum digunakannya.
“Kalau kita tidak mempunyai pengetahuan, kita hanya akan mengikut apa yang AI keluarkan tanpa keupayaan untuk menyemak atau berkembang dengannya,” katanya.