BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laman web dan pangkalan data PERKESO digodam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,253
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,253
Reaction score
1,660
Points
201
6994.jpeg
6997.jpeg

Sistem digodam, Perkeso jamin operasi harian tidak terjejas

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan bahawa operasi harian agensi itu tidak terjejas meskipun sistem pangkalan maklumat dan laman sesawang diserang penggodam, sejak Sabtu lalu.

Perkeso dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengaktifkan pelan pengurusan krisis dengan menggerakkan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) bagi tujuan pemulihan sistem.

Menurutnya, peringkat awal modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

“Bagaimanapun, kejayaan unit ICT Perkeso mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej Perkeso.

“Perkeso memberi jaminan, usaha terancang ini tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan dan orang ramai,” katanya, hari ini.

Justeru, Perkeso berkata, segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh diperuntukkan.

Mengulas kebocoran maklumat yang dipaparkan di ‘dark web’, hasil penelitian awal Perkeso mendapati kesahihan data yang dicuri oleh penggodam adalah tidak lengkap dan luput.

Katanya, hal itu kerana satu kluster data yang dicuri tidak pernah dicerap oleh Perkeso, sejak ia ditubuhkan pada Oktober 1971.

“Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama, sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku, dengan kali terakhir pada September lalu dan berjaya dibendung.

“Segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelak episod sama berulang terhadap agensi lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
 

Laman sesawang digodam: Perkeso jamin sistem, maklumat selamat​

HACK_1702027293.jpg


Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lalu, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.

Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terbabit akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.

Menurut Perkeso pelan pengurusan krisis juga sudah diaktifkan pada hari serangan laman sesawang berkenaan dibuat.

"Pada peringkat awal, modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

"Bagaimanapun, kejayaan unit teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Perkeso mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan 'character assasination' (pembunuhan watak) terhadap imej Perkeso," menurut kenyataan itu.

Mengenai kebocoran maklumat yang dipaparkan menerusi dark web atau web tertutup, kenyataan itu memaklumkan hasil penelitian awal Perkeso mendapati kesahihan data yang dicuri penggodam amat diragui, tidak lengkap dan luput.

"Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lalu dan berjaya dibendung.

"Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang mensasarkan kepentingan negara.

"Justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan episod sama berulang terhadap agensi lain," menurut kenyataan itu.

 
Member aku yg keje dalam bidang it ni selalu geleng kepala dgn company base glc ni
Server hauk
Masih pakai windows server 2008
Spec zaman 2010 punya
Mcm mane la secure
 
11768.jpeg

Siasatan forensik termasuk dakwaan pembabitan pihak tertentu di sebalik serangan siber terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang giat dijalankan.
 
Diaorg cakap old data.. even old data pun.. tu maksudnya hackers Berjaya lah Kan.. cettt
 
Back
Top
Log in Register