BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laman Twitter digodam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_02.1.jpg

GAMBAR menunjukkan imej bendera yang menggantikan muka depan laman web Twitter pada pagi semalam.​

LONDON - Penggodam Iran menggodam laman web Twitter menyebabkan operasinya terjejas selama dua jam pada pagi semalam, lapor sebuah akhbar semalam.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan sekali gus mengakibatkan kira-kira 30 juta pengguna tidak dapat menghantar mesej.

Laman utama Twitter itu digantikan dengan skrin berwarna hitam dan merah yang memaparkan satu bendera berwarna hijau.

Muka surat di laman itu mengandungi mesej yang menyatakan laman tersebut sudah digodam oleh Tentera Siber Iran.

"Tentera Amerika Syarikat (AS) berpendapat ia mengawal dan menguruskan akses Internet tetapi sebenarnya AS tidak mengawalnya.

"Kami mengawal dan menguruskan Internet dengan kuasa yang ada pada kami. Justeru jangan cuba untuk menghasut penduduk Iran," kata mesej tersebut.

Kakitangan-kakitangan laman Twitter memberitahu pengguna: "Kami sedang melakukan pemulihan dan akan memberitahu maklumat terkini semasa kami mencari punca yang menyebabkan ia (operasi terjejas) berlaku."

Laman web seperti Twitter dan Facebook menjadi tumpuan utama golongan muda.

Golongan muda yang tinggal di bandar-bandar Iran menentang pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Mahmoud menewaskan pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi dalam pilihan raya presiden tahun ini.

Ramai rakyat Iran menggunakan Twitter bagi mengatur tunjuk perasaan.

Menurut badan pemantau Internet, OpenNet Initiative, penduduk Iran mula menggunakan Internet semasa pemerintahan Presiden Mohammad Khatami pada 1997 hingga 2005. - Agensi
 
godam lagi....
 
maen twitter dalam politik...huhuhuhu
 
wah .. 0day exploit ker . hehe..
meh lah share DB twitter ... :D
 
mantap..alchemist mesti ader nie
 
bleh menuntut dgn hacker iran la plak :p
pasni godam mukabuku plak yer :D
 
Back
Top
Log in Register