BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LAMAN PADI, LANGKAWI

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1659345232770.png
Apabila sebut sahaja negeri Kedah pasti bendang padi menjadi bayangan. Di Langkawi juga terdapat tempat dimana anda dapat melihat sawah padi. Laman Padi merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi Disini anda dapat melihat sawah padi terbentang luas dan pasti menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan damai.

Suasana sawah padi sebenar akan dapat dirasai kerana terdapat juga orang-orang yang berada di tengah-tengah sawah padi. Pasti anda aakan teruja dengan pemandangan yang dilihat walaupun berada di atas sebuah pulau. Selain daripada melihat sawah padi, pengunjung juga akan mengenali lebih dekat jenis-jenis padi yang ada disini. Disini terdapat sebuah muzium padi yang boleh anda lawati.

Apabila sampai disini anda akan dilayan dan dibawa melawat sawah padi. Pengalaman yang paling mengujakan ialah apabila anda dibawa turun ke sawah padi dan melihat sendiri bagaimana padi di tanam. Anda juga akan diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam padi dan akan diajar cara yang betul. Satu pengalaman yang berharga dan sukar diperolehi ditempat lain.

Datanglah ke Laman Padi ini bagi mereka yang ingin melihat sendiri bagaimana padi diproses. Selain daripada dapat melihat pemandangan indah anda juga akan dapat menimba ilmu mengenai padi. Disini juga terdapat restoran seashells yang sangat popular untuk makan malam.


Aktiviti Menarik​

Kalau anda tidak kisah untuk berlumpur, anda boleh menanam padi atau menangkap ikan dengan serkap. Tiket bermula dari RM3 seorang.

Dan oleh kerana kawasan ini juga ada kawasan herba sendiri, anda juga boleh meminta bantuan pemandu pelancong di Laman Padi kalau anda betul-betul mahu belajar bukan saja tentang padi tapi juga tanaman lain yang ada di sini.

Harga Tiket​

  • Dewasa : RM2:00
  • Kanak-kanak Bawah 12 Tahun : Free

1659345246570.png


1659345269729.png


1659345297190.png
 

Attachments

Back
Top
Log in Register