BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laluan Smart Lane Bandar Saujana Putra–Putra Heights Ditutup Mulai Isnin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Laluan Smart Lane Bandar Saujana Putra–Putra Heights Ditutup Mulai Isnin​

d58bd9b80bae49b1bbbc076b05479e1f68fb34624ea4a


Laluan Smart Lane dari Bandar Saujana Putra ke Putra Heights (Arah Utara) di Kilometer (KM) 15.9 hingga KM13.9 di Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan ditutup sementara selama lima bulan bermula pada Isnin depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan hingga 3 Disember itu bertujuan memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan di KM14.4 lebuh raya berkenaan sebagai usaha menambah baik infrastruktur serta keselamatan pengguna.

“Tiga lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.

PLUS turut menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini dan mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya - PUTRI, aplikasi X @plustrafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

 
Back
Top
Log in Register