BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laju macam peluru Tapi dah eksiden

ru_01.1.jpg


CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu

Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.

"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.

Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.

ru_01.2.jpg


Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).

Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.

Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

ru_01.3.jpg


Dari segi teknikal, ia boleh bergerak selaju 486km/j namun atas faktor keselamatan, kerajaan China menetapkan 300km/j sebagai had purata kelajuan.

Perjalanannya sangat lancar dan pantas. Tetapi apa yang lebih penting, projek itu dibuat sepenuhnya oleh China.

"Teknologi yang kami ada sangat maju," kata Ketua Pereka di Kenderaan Rel CNR Changchun yang menjayakan projek itu, Yang Hong.

"Kami menyerap teknologi import bagi mencipta dan membangunkan produk kami sendiri," tambah beliau.

Para jurutera China mengakui tren laju terbaharu itu telah menyerap banyak idea dari Jerman, Perancis dan Jepun sebelum menukarnya menjadi produk yang lebih baik.

sumber

made in china... biasa laa....
punya la bangga kata teknologi dia sangat maju walaupun tiru teknologi org lain.:eek::eek:
dan akhirnya... rakyat jadi korban...

china ni buat apa pun tak pernahnya elok, sebelum ni ada kes flyover runtuh, ribut takdak, gempa takdak, tiba tiba runtuh.

sekarang ni jambatan pulau pinang kedua dibina syarikat china,
tak tau laa, selamat untuk diguna atau tidak??:-?:-?
 
camna leh eksiden..??
bukan laluan bekembar ker...?? :o

huhu

bullet train tu langgar train yg terhenti di hadapannya disebabkan power failure..mgkn sistem amaran gagal berfungsi maka terjadilah rempuhan pada kelajuan tinggi..
 
lor accident la pulok.....
 
bullet train tu langgar train yg terhenti di hadapannya disebabkan power failure..mgkn sistem amaran gagal berfungsi maka terjadilah rempuhan pada kelajuan tinggi..

laju sngt smpi power failure pun boleh jalan lg bullet train tu... kesian kat mangsa² kemalangan... ingat nak cepat rupanya cepat ke kubur... #:-S
 
ni kena post kat lowyat net ni
 
laju sngt smpi power failure pun boleh jalan lg bullet train tu... kesian kat mangsa² kemalangan... ingat nak cepat rupanya cepat ke kubur... #:-S

train yg depan tu lost power disebabkan lightning strike..bullet train yg sdg bergerak dibalakangnya terus rempuh tanpa belas..huhu..
 
setiap ciptaan manusia masih banyak kekurangannya.Manusia tidak sempurna hanya Allah swt Maha sempurna
 
Back
Top
Log in Register