eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON - Pemain pertahanan pasukan Chelsea, Ashley Cole kini dicop sebagai penipu selepas mesej dan gambar kurang sopannya ditemui dalam telefon bimbit seorang lagi wanita berambut perang yang bekerja sebagai setiausaha, lapor sebuah akhbar semalam.
Ashley, 29, sebelum ini menafikan beliau menghantar gambar bogelnya kepada seorang model, Sonia Wild sebaliknya menyatakan ia dilakukan oleh orang lain yang menggunakan telefon bimbitnya.
Akhbar itu mendedahkan bahawa seorang wanita lain menerima gambar-gambar Ashley, dan lebih 300 mesej yang dihantar dengan menggunakan telefon sama.
Antara gambar yang dirakam itu termasuklah aksi Ashley berdiri di depan cermin bilik air dengan hanya memakai seluar putih manakala gambar lain dianggap kurang sopan untuk disiarkan.
Mesej-mesej yang dihantar ke telefon bimbit wanita yang dilindungi identitinya itu juga mendedahkan bahawa Ashley sedaya upaya untuk menyembunyikan kecurangan daripada isterinya, Cheryl iaitu penyanyi kumpulan Girls Aloud.
Kebanyakan teks Ashley itu dihantar pada hari Jumaat dan Sabtu apabila Cheryl berada di studio program realiti X Factor yang terletak di utara London untuk sesi latihan atau terlibat secara langsung pada rancangan tersebut.
Kelmarin, isteri Ashley itu dilaporkan berang dengan sikap curang suaminya sehingga bertindak untuk tidak bersama pada Hari Kekasih. - Agensi