BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi serangan siber pada Malaysiakini

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Laman Malaysiakini sekali lagi diserang bermula daripada jam 2.45 petang semalam secara berterusan sehingga sehingga berjaya dipulihkan pada jam 11.30 malam tadi.

Peristiwa ini bukan kes terpencil memandangkan berlaku serangan serentak terhadap beberapa lagi laman web di negara ini.

Ketika laporan ini ditulis, kebanyakan laman web, termasuk milik pembangkang DAP, PAS dan PKR masih belum dapat dicapai.

Dalam pesanan Twitter, pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, serangan DDoS terhadap ketiga-toga parti dalam Pakatan Rakyat itu menunjukkan tentera siber Umno sedang melakukan "raptai" lebih serius menjelang pilihan raya umum ke-13.

Setakat ini, serangan yang berlaku semalam adalah yang paling canggih dan rumit setakat ini.

"Ia menggunakan corak serangan yang rumit serta tidak mudah dikesan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Serangan itu - dikenali sebagai Distributed Denial of Service (DdoS) - berjaya menjejaskan pelayan (server) Malaysiakini.

Ia melibatkan longgokan trafik palsu yang besar ke laman Malaysiakini yang menyebabkan kesesakan sehingga tidak dapat dilayari pembaca lain.

Serangan sebegitu biasanya dijalankan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mensasarkan sesebuah laman web.

Bagaimanapun, kumpulan teknologi Malaysiakini berjaya menaikkan semula laman berita bebas itu selepas bertarung selama lapan jam.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysiakini sering menjadi mangsa serangan siber, terutamanya ketika peristiwa besar seperti perimpunan BERSIH 2.0, BERSI 3.0 dan pilihan raya Sarawak sebelum ini.
 
web PKR dgn DAP masih x bleh bkak....web PAS je bleh stakat nie...
 
Pehhh..yang membiayai kos operasi DdoS ni pakai duit rakyat x..kekekeke

Ke ada pihak yang nak melagakan2 parti dlm mesia....hahaha..mcm dlm muvii
 
umno semakin terdesak dgn kehilangan sokongan rakyat pd mereka..
 
Back
Top
Log in Register