BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi Remaja Melayu Murtad

mak punya la pujuk anak kembali kepada islam..tetapi anak??sungguh sedih :(

cats.jpg
 
mak dia risau sebab exam dah dekat...bukan suruh sembahyang ke berdoa ke apa....adoooiii
 
kenapa pemerintah x ambil berat isu ni sdgkan isu JAIS bukan main heboh satu dunia...
 
Salam all..sorry kalau tersalah bod..
cuma nak share isu terbaru pasal remaja melayu yang telah dikatakan murtad..

info ni baru je dipetik dalam facebook sebentar tadi..

murtad.jpg


info lanjut, boleh usya2 dia WALL FACEBOOK #:-S
ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988

Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang Islam berumur di bawah lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan, atau membiarkan seorang lain di bawah umur lapan belas tahun yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam bidang agama bukan Islam, atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau dikelolakan oleh atau yang dijalankan untuk faedah suatu agama bukan Islam atau apa-apa badan atau institusi yang bertalian dengan suatu agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu oleh ibu-bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu bahawa orang itu bukanlah orang Islam.
(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, tidak diberitahu oleh ibu-bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu akan agama orang itu.
 
Ya ALLAH. Tetapkan lah iman kami umat islam.
Matikan kami dalam iman.
amin.
 
kes ni boleh dibawa ke mahkamah dan menang sebab sudah jelas lagi bersuluh budak tu diHASUT utk masuk kristian sebelum umurnya mencapai 19 tahun lagi...

isunye sekarang adakah kerajaan negeri MELAKA nak ambil peduli kes ni???
 
syaitan brterusan mencari ruang utk menghasut manusia...

sehinggalah menjadi teman di akhirat kelak...

Ya..Allah lindungilah aku dr syaitan yang direjami...
 
Back
Top
Log in Register