balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KULIM - Sejak kebelakangan ini kebanyakan taman perumahan di sini berdepan masalah kecurian besi penutup parit bawah tanah.
Masalah sama turut berlaku di Taman Cengal apabila penutup parit yang terletak di jalan utama turut dicuri. Keadaan itu membahayakan pengguna laluan khasnya penunggang motosikal pada waktu malam dan hujan lebat.
Penduduk, Huzaimi Omar, 42, berkata, masalah itu semakin serius apabila lubang yang ditinggalkan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tanda.
Menurutnya, sehingga kini Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) menggantikan semula penutup parit yang hilang tetapi masalah itu tetap berulang.
Keadaan itu mungkin disebabkan permintaan terhadap bahan logam itu semakin meningkat.
“Sebagai penduduk, saya tidak menyalahkan MPKK kerana mereka akan menggantikan penutup yang baru sekiranya dilaporkan hilang. Tetapi sekiranya masalah itu terus berlaku, MPKK harus memikirkan kaedah lain untuk memastikan lubang parit itu tertutup dan tidak membahayakan orang ramai,” katanya.
Huzaimi meminta kerjasama polis untuk memantau masalah itu dari terus berulang.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/jenayah/lagi-penutup-parit-hilang-1.15779