BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagenda Danau Toba

GT

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,561
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,561
Reaction score
250
Points
131
danautoba.jpg


danautoba2.jpg


Menurut cerita masyarakat Batak yang tinggal di sekitar Danau Toba, dahulu Danau Toba adalah kawasan yang gersang dan tandus. Rata rata penduduknya hidup miskin. Di sana tinggal seorang pemuda bernama Luhut, seorang anak yatim piatu yang menyara hidup dengan bertani. Untuk mengisi waktu kelapangan, Luhut sering menjala dan memancing di kuala sungai.

Suatu hari, Luhut pergi menangkap ikan. Namun sehingga petang beliau tidak memperoleh seekor ikan pun. Sewaktu hendak berkemas pulang, Luhut terlihat seekor ikan besar berwarna kuning emas yang indah di dalam sungai. Luhut terus melebarkan jalanya dan berjaya menangkap ikan tersebut. Sesampainya di rumah, Luhut tidak sampai hati hendak memasaknya kerana kasihan. Dia menyimpan ikan tersebut di dalam bekas.

Keesokan harinya, Luhut pergi bertani di ladangnya seperti biasa. Ketika pulang ke rumah, dia sangat terkejut kerana melihat makanan telah sedia terhidang. Lama dia berfikir siapa yang menyediakan makanan untuknya. Kerana lapar, dia memakan dengan lahap makanan itu. Kejadian aneh ini berulang setiap hari. Lalu Luhut merancang untuk mengintip siapa yang terlalu baik menyediakan makanan untuknya. Suatu hari, apabila terlihat asap api dari dapur, dia menghendap untuk mengetahui siapakah gerangan orang yang memasak.

Alangkah terkejutnya Luhut ketika dilihatnya seorang wanita cantik sedang asyik menanak nasi di dapur. Luhut lalu masuk ke dalam rumahnya dan mendapati ikan yang ditangkapnya tempoh hari tiada di tempatnya. Dia bertanyakan wanita tersebut, “Adakah kau melihat ikanku?” Tanya Luhut dengan perasaan cemas. Mendengar pertanyaan Luhut, wanita tersebut menangis teresak esak. Luhut makin curiga. Setelah berkali kali ditanya, akhirnya wanita tersebut menjawab, “Sebenarnya akulah ikan itu.”

Alangkah terperanjatnya Luhut. Dia bagaikan tidak percaya. Seekor ikan menjelma menjadi wanita cantik. “Adakah ini benar?” tanya Luhut.

“Menang benar. Aku adalah ikan yang kau tangkap. Namaku Butet.” Jawab wanita tersebut.

Luhut tertarik dengan kecantikan wanita tersebut.

“Wahai Butet, aku di sini hidup keseorangan. Mahukan kau menjadi isteriku?” tanya Luhut.

Wanita tersebut diam.

“Kenapa kau membisu?”, tanya Luhut lagi.

Setelah sekian lama membisu, wanita tersebut menjawab, “Aku sudi menjadi isterimu, tetapi dengan satu syarat yang kau tak boleh mungkiri”, kata wanita itu.

“Apakah syaratnya?”

“Syaratnya ialah kau tidak boleh memberi tahu atau membuka rahsia bahawa aku adalah seekor ikan.”

“Baiklah,” jawab Luhut. Mereka pun berkahwin.

Luhut dan Butet hidup bahagia dan dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama Tigor. Tigor akan membantu menghantarkan makanan kepada Luhut ketika Luhut berkerja di ladangnya.

Suatu hari, sewaktu dalam perjalanan menghantar makanan kepada Luhut, Tigor berasa lapar. Dia membuka bungkusan makanan ayahnya dan memakannya dengan lahap sekali sehingga yang tinggal hanya tulang ikan sahaja. Setelah selesai memakannya, Tigor membungkus semula sisa makanan tersebut dan menghantar kepada Luhut.

Bukan kepalang marah Luhut apabila mengetahui makanannya hanya tinggal sisa tulang. Didorong oleh rasa marah, Luhut tanpa sengaja telah melanggar sumpahnya dengan berkata,

“Memang engkau ini dasar anak ikan!” kata Luhut sambil menghayunkan tangan ke pipi anaknya Tugor.

Tugor berlari lari pulang ke rumah. Sambil menangis, dia bertanya kepada ibunya, “Ibu, betulkah aku ini anak seekor ikan?”

Butet sangat terkejut. Suaminya telah melanggar sumpah janjinya.

Ketika itu juga, langit mula bertukar gelap. Kilat sabung menyabung. Petir sambar menyambar. Suasana semakin cemas. Kemudian, diikuti dengan hujan lebat dan badai yang bergelora. Butet dan Tigor hilang dari pandangan. Dari bekas tapak kaki mereka muncul mata air yang mengeluarkan air yang deras. Air itu terus mengalir sehingga seluruh kawasan tenggelam menjadi sebuah tasik atau danau. Danau itu digelar Danau Tuba, yang bermaksud danau yang tak tahu mengenal kasih. Lama kelamaan, nama Tuba berubah menjadi Toba. Sehingga kini, danau tersebut digelar Danau Toba.

Danau Toba terkenal dipelusuk dunia sehingga ke hari ini dan ramai yang telah melawat tempat tersebut mengakui Danau Toba sebagai tasik yang tercantik di dunia.


Sumber : PesonaBatik.com
 
memang cantik tasik ini..:D
 
Hajat hendak ke sana suatu hari nanti... Menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT...
 
danau toba ni kat ne????sori bertanye..x tau
 
Satu lagi Lagenda Danau Toba ini, dari sumber yang berlainan...

Dirangkumi dari hasil cerita orang tertua tempatan.

Pada zaman dahulu, hiduplah seorang pemuda yatim piatu di bahagian utara pulau Sumatra. Daerah tersebut sangatlah kering. Pemuda itu hidup dari hasil bertani dan menangkap ikan.

Suatu hari ketika dia menangkap ikan, setelah berusaha selama setengah hari, namun tak seekor pun ikan didapatinya. Maka dia pun bergegas pulang kerana hari telah pun menjelang malam. Namun ketika dia hendak pulang, dia melihat seekor ikan yang besar, cantik dan berwarna kuning emas.

Dia pun menangkap ikan itu dan membawanya pulang. Sesampainya di rumah, oleh kerana sangat lapar maka dia hendak memasak ikan tersebut. Disebabkan oleh kecantikan ikan itu, maka dia pun membatalkan niatnya untuk memasak ikan itu. Dia lebih memilih untuk memeliharanya, lalu dia meletakkannya di sebuah bekas yang besar dan memberikan makanan.

Keesokan harinya seperti biasanya dia pergi bertani ke ladangnya. Sehingga tengahari dia pun pulang ke rumah. Dengan tujuan hendak makan tengahari, tetapi alangkah terkejut dirinya apabila sampai di rumah. Di dalam rumahnya telah tersedia masakan yang siap untuk di makan. Dia berasa hairan dan teringat kepada ikannya kerana takut dicuri orang.

Dengan bergegas dia berlari ke belakang untuk melihat ikan yang dipancingnya semalam. Ternyata ikan tersebut masih berada di tempatnya. Dia terfikir siapa yang melakukan semua itu. Tetapi disebabkan perutnya sudah lapar, akhirnya dia pun menyantap dengan lahapnya masakan tersebut. Dan kejadian ini pun terus berulang-ulang, setiap kali dia pulang ke rumah untuk makan, masakan tersebut telah terhidang di rumahnya.

Sehinggakan pemuda tersebut ingin menyiasat siapa yang melakukan semua itu. Keesokan harinya dia pun mulai menjalankan penyiasatnya. Dia pun mulai bersembunyi diantara pohon - pohon berdekatan dengan rumahnya. Setelah lama dia menunggu, namun asap di dapur rumahnya belum juga kelihatan.

Akhirnya dia pun berniat untuk pulang kerana telah bosan setelah lama menunggu. Namun begitu, ketika dia hendak keluar dari tempat persembunyiannya, dia telah mula melihat asap keluar dari dapur rumahnya. Dengan perlahan lahan dia berjalan menuju ke belakang rumahnya untuk melihat siapa yang melakukan semua itu.

Alangkah terkejut dirinya ketika dia melihat siapa yang melakukan semua itu. Dia ternampak seorang wanita yang sangat cantik,ayu dan berambut panjang. Dengan perlahan-lahan dia memasuki rumahnya dan menangkap wanita tersebut. Lalu dia berkata, “Wahai .. wanita, siapakah engkau dan dari mana asalmu?” Wanita itu tertunduk diam dan mulai menitiskan air mata, lalu pemuda itu pun melihat ikannya tak lagi berada di dalam bekas.

Dia pun bertanya pada wanita itu,“Wahai wanita kemanakah ikan yang di dalam bekas ini?” Wanita itu pun semakin menangis tersedu sedu, namun pemuda tersebut terus memaksa dan akhirnya wanita itu pun berkata “Aku adalah ikan yang kau tangkap kelmarin”. Pemuda itu pun terkejut. Namun disebabkan pemuda itu merasa telah menyakiti hati wanita itu , maka pemuda tersebut berkata,“Wahai wanita maukah engkau menjadi Isteriku?”, Wanita tersebut terkejut, dan dia hanya diam & tertunduk.

Lalu pemuda tersebut berkata “Mengapakah engkau diam?” .Lalu wanita tersebut pun berkata, “ Aku mau menjadi isterimu, tetapi dengan satu syarat". Apakah syarat itu balas pemuda itu dengan cepat bertanya. Wanita itu berkata, “Kelak jika anak kita lahir dan membesar, janganlah pernah engkau katakan bahawa dirinya adalah anakni Dekke(anaknya ikan)”. Pemuda itu pun menyetujui syarat tersebut dan bersumpah tidak akan mengatakannya.

Dan bernikahlah mereka. Hingga mereka mempunyai anak yang berusia 6 tahun, anak itu sangatlah degil dan tak pernah mendengar jika dinasihati. Lalu suatu hari si ibu pun menyuruh anaknya untuk menghantar nasi ke ladang tempat ayahnya bekerja. Anak itu pun pergi menghantar nasi kepada ayahnya. Namun di tengah perjalanan dia terasa lapar lalu membuka makanan yang dibungkus untuk ayahnya dan memakan makanan itu. Setelah selesai memakannya, dia pun membungkusnya kembali dan menyambung perjalanannya ke tempat si ayah.

Sesampainya di tempat si ayah, dia memberikan bungkusan tersebut kepada ayahnya. Dengan senang hati ayahnya menerimanya. Si ayah terus segera membuka bungkusan nasi yang dikirimkan oleh isterinya malalui anaknya. Alangkah terkejutnya ayahnya melihat isi bungkusan tersebut. Yang tinggal hanya tulang ikan saja, si ayah pun bertanya kepada anaknya “Wahai anakku, mengapa isi bungkusan ini hanya tulang ikan belaka?” Si anaknya pun menjawab, “Dalam perjalanan tadi perutku terasa lapar jadi aku memakannya”.

Si ayah pun marah dengan kuat dia menampar pipi anaknya sambil berkata "Botul maho anakni dekke (betul lah engkau anaknya ikan)," Si anak pun menangis dan berlari pulang kerumah. Sesampainya dirumah anaknya pun menanyakan apa yang di katakan ayahnya “Mak .. olo do na di dokkon amangi, botul do au anakni dekke (Mak, benarkah yang dikatakan ayah itu , benarkah aku ini anaknya ikan?)” Mendengar perkataan anaknya ibunya pun terkejut, sambil meneteskan air mata dan berkata di dalam hati. “Suamiku telah melanggar sumpahnya,dan sekarang aku harus kembali ke alamku,”

Maka, langit pun mulai gelap, petir pun sambar-menyambar. Hujan badai pun mulai turun dengan lebatnya. Si anak dan ibu ghaib. Dari bekas telapak kaki mereka muncul mata air yang mengeluarkan air sederas derasnya, hingga daerah tersebut terbentuk sebuah Danau. Yang Diberi nama Danau TUBA yang bererti danau tak tau belas kasih. Tetapi kerana orang Batak sukar untuk mengatakan TUBA, maka danau tersebut terbiasa disebut dengan DANAU TOBA..

Menurut warga tempatan, si ibu kembali berubah menjadi Ikan yang sangat besar(penunggu danau) dan akan meminta "makanan" setiap setahun sekali. Sehingga sekarang, belum ada yang boleh mengukur kedalaman Danau tersebut. Kerana telah banyak pelancong-pelancong yang cuba menyelam ke danau namun tak pernah kembali.
 
cantik tasik nih...
citer yg menarik tentang Lagenda Danau Toba..
 
Back
Top
Log in Register