BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagak baik tapi penipu!

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
ne_02.1.jpg

DUA mangsa Zul menunjukkan salinan laporan polis mereka selepas mendakwa ditipu di Kajang baru-baru ini.

KAJANG – Sanggup mempertaruhkan agama dan rela dilanggar lori!
Sampai begitu janji seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul bagi meyakinkan kesemua mangsanya sebelum menipu mereka dengan meminjam wang.

Berselindung di sebalik watak baik, peramah dan suka membantu, Zul dikatakan sudah memperdayakan lebih 13 mangsa di sekitar Lembah Klang melibatkan wang berjumlah lebih RM100,000.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan menjual cerita keuntungan pelaburan tanah, projek jambatan, kontrak logistik, baik pulih pencawang elektrik dan juga saham untuk memancing duit mangsa.

Dia menipu mangsa di sekitar Puchong, Banting dan Jalan Klang Lama sejak tahun lalu dan kini dikatakan melarikan diri selepas beberapa mangsa membuat laporan polis.

Dua mangsanya yang mahu dikenali sebagai Kok, 38, dan Edy, 35, mendakwa Zul mengaku dirinya salah seorang pemegang saham sebuah syarikat pengedar barangan dan juga ahli perniagaan.

“Setakat ini mangsa-mangsa yang berhubung dengan kami ialah seramai 13 orang dengan jumlah kerugian mereka daripada serendah RM100 sehingga kira-kira RM30,000.

“Itu mangsa yang kami kenali tetapi berdasarkan maklumat terbaru Zul sudah pun menipu ramai lagi,’’ kata Kok ketika ditemui Kosmo!.

P/S: Tak habih2 orang :(scam:(scam:(scam
 
tak seronok pun hidup dengan duit yg dpt secara haram. hidup tak tenang sentiasa.

hari2 terfikir keselamatan diri. kalo yg merompak tu, asyik pikirkan polis je. kalo yg menipu pun sama. asyik takut jika kena tangkap dan kena pukul dengan mangsa.

buat kwn2 semua, cari la rezeki yg halal. walaupun sedikit tp INSYAALLAH hati tenang.
 
huish...
apa kena mengena dgn agama ni????
cha pun kena katok gak..:))
 
orang kita pun salah jugak, kalu dapt keuntungan tanpa buat apa². cepat je sambal.
 
bukan best pun ..kalu ada duit..tp hidup xtenteram
 
Back
Top
Log in Register