BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labur RM10,000 dapat return RM83,421 ! (lihat post #13)

Salam tuan. Maaf lambat reply. Busy sikit. Ni pun tengah demam ni :D
Anyway, PIDM tak cover unit trust. Hanya bank deposit dan insurans sahaja.
Cumanya untuk unit trust ni kita covered by trust deed, duit semua trustee/ pemegang amanah yg pegang.
So anything happen, syarikat lingkup ke apa, duit pelabur secured. :)
w/salam...
0wh...okey

Investment dgn EPF fund boleh tak sis?
 
w/salam...
0wh...okey

Investment dgn EPF fund boleh tak sis?

Yang Eastspring Islamic Small Cap ni tak boleh tuan. Untuk fund baru akan ambil masa paling lama 3 tahun untuk approved as EPF approved fund. Tapi bergantung kepada budi bicara EPF juga. Sebab prosesnya mengambil masa dan perlukan sedikit "pelaburan" dari pihak Eastspring sendiri.

Tapi ada juga fund yang tak sampai setahun dah approved.

Kalau nak fund lain yang approved by EPF, selaim Islamic Small Cap ni, ada banyak lagi pilihan lain yang bagus juga. (:
 
Kisah persaraan #2
======


Ini kisah di Malaysia. Ingat lagi saat datuk moyang kita yang mampu berbelanja mewah dengan hanya not RM10? RM10 saat itu memberikan nilai kuasa beli yang sangat tinggi- singgah kedai pasti tangan pulang dengan penuh beg plastik.
.
Bergaji RM1000 pada tahun 1987, tidak sama dengan bergaji RM1000 pada hari ini. Dengan kadar inflasi sebanyak 4% setahun (ramai berpendapat kadar inflasi ini lebih tinggi, mungkin mencecah 6%) gaji RM1000 waktu itu bersamaan lebih kurang RM3243 waktu ini.
.
Andai tuan puan merasakan RM100,000 pada tahun 2037 adalah jumlah yang besar, fikirkan kembali. Sebenarnya nilai RM100,000 20 tahun akan datang bersamaan lebih kurang RM45,000 sahaja nilainya hari ini.
.
Maksudnya, RM100,000 akan datang hanya dapat membeli barang dan servis yang bersamaan dengan nilai RM45,000 sahaja pada hari ini. Hakikatnya- semakin hari, nilai wang kita semakin menyusut dan menyusut.
 
Ini yang saya suka apabila prospect yang datang tak tahu dari mana. Pagi-pagi subuh sudah mesej. Memang saya ada iklankan Phillip Mutual di ruangan forum bisnes, ada juga buat page, dan di media sosial lain seperti Linkedin.
.
Walaupun aktiviti utama saya ialah face to face approach, tetapi saya tetap tidak meninggal aktiviti online kerana di online tetap ada prospect yang tersendiri.
.

Terima kasih pada Tuan Syahrul yang menanya.

20229214_10213522706807168_8274393732628921449_n.jpg
 
saya pernah dengar Public Mutual, tapi tak pernah pulak dengar philip mutual ;)
 
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya Hani, perunding unit amanah.

Mungkin dah beribu perunding unit amanah yang tuan puan dah jumpa- so. Kenapa perlu pilih saya ?

Berbanding dengan kebanyakan perunding amanah yang lain, kelebihan saya ialah, saya mempunyai lesen untuk mengedarkan dana dari lebih 25 syarikat unit amanah, yang secara keseluruhannya berjumlah 4++ dana amanah saham (antaranya Kenanga Investment Berhad, Eastspring Investment Berhad- anak syarikat Prudential dan banyak lagi).

Penting ke pilihan unit amanah yang banyak?

Mestilah penting. Salah satu sebabnya, tuan puan tidak terikat dengan satu-satu syarikat dan terpaksa terima jika syarikat tersebut performancenya tidak seberapa (kes ini banyak berlaku).

Analoginya, jika tuan puan bershopping, tuan puan suka ke butik yang tidak banyak pilihan, atau yang ada hampir semua pilihan yang tuan puan inginkan? Tepuk dada, tanya selera.

Ada soalan? Boleh pm saya, atau taip di ruangan komen. Inshaa Allah akan saya balas segera.
 
Bagi pencarum kwsp, Tuan Puan sudah mendaftar i Akaun?
Jika belum, bolehlah mendaftar.
Tidak perlu lagi bersusah payah print statement EPF untuk check baki semasa. (:
 
Bagi pencarum kwsp, Tuan Puan sudah mendaftar i Akaun?
Jika belum, bolehlah mendaftar.
Tidak perlu lagi bersusah payah print statement EPF untuk check baki semasa. (:

nak labur guna kwsp bleh ke?
 
Back
Top
Log in Register